Lelaki rugi lebih RM123,000 terpedaya pelaburan tak wujud

Lelaki rugi lebih RM123,000 terpedaya pelaburan tak wujud

Mangsa berusia 36 tahun menerima mesej menerusi WhatsApp yang menawarkan pelaburan dengan pulangan 88%.

SOCIAL MEDIA RESIZE PHOTO
Polis berkata mangsa terpedaya selepas menerima mesej mengenai pelaburan dalam talian melalui WhatsApp.
JOHOR BAHRU:
Seorang pekerja pembinaan kerugian lebih RM123,000 selepas terperdaya skim pelaburan saham dalam talian.

Ketua Polis Seri Alam, Mohd Sohaimi Ishak, berkata lelaki berusia 36 tahun itu menerima mesej menerusi WhatsApp yang menawarkan pelaburan dengan pulangan 88%.

Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan tawaran itu memuat turun aplikasi ‘BitBest’ serta mendaftar dan mengisi maklumat peribadi sebelum melakukan sembilan transaksi pembayaran ke lima akaun berbeza pada 1 Ogos hingga Khamis lalu.

“Mangsa cuba menuntut keuntungan seperti dijanjikan dalam tempoh itu, namun suspek memberikan pelbagai alasan malah mengarahkan dia membuat bayaran tambahan,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, katanya mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan polis di IPD Seri Alam, Sabtu lalu.

Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.