Ditipu pelaburan di UK, penganggur rugi lebih RM300,000

Ditipu pelaburan di UK, penganggur rugi lebih RM300,000

Polis berkata lelaki itu menggunakan wang simpanan bersama isterinya selepas tertarik dengan tawaran pelaburan di UK.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata mangsa memasukkan wang RM348,500 dengan 10 kali transaksi ke dalam akaun bank yang diberi suspek sebelum menyedari ditipu.
KUANTAN:
Seorang penganggur mengalami kerugian RM348,500 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud sejak Jun lepas.

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata lelaki berusia 47 tahun itu dilaporkan tertarik untuk menyertai pelaburan itu setelah menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menyamar sebagai petugas bank dan menawarkan pelaburan di United Kingdom pada 17 April lepas.

Beliau berkata mangsa diminta memuat turun satu aplikasi dan juga diberikan latihan dalam talian mengenai cara membuat pelaburan dalam sistem berkenaan.

“Dalam tempoh 18 Jun hingga 10 Ogos, mangsa memasukkan wang sebanyak RM348,500 dengan 10 kali transaksi ke dalam akaun bank yang diberi suspek.

“Mangsa mula menyedari ditipu setelah suspek meminta wang RM101,000 sekiranya tidak berminat untuk meneruskan pelaburan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, lelaki itu kemudiannya membuat laporan di balai polis Kuantan dan sumber kewangan ialah wang simpanan mangsa dan isterinya.

Yahya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.