RUU Majlis Media dibentang kali pertama di Dewan Rakyat

RUU Majlis Media dibentang kali pertama di Dewan Rakyat

Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Teo Nie Ching
Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia dibentangkan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching untuk kali pertama di Dewan Rakyat. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Rang Undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia dibentang kali pertama hari ini di Dewan Rakyat.

RUU itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. Beliau berkata, kedua RUU itu akan dibuat pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

“Saya memohon mengemukakan RUU Majlis Media Malaysia 2024.

“Bacaan kali kedua pada mesyuarat akan datang,” katanya di Dewan Rakyat.

Penubuhan Majlis Media Malaysia adalah bagi membangun dan melaksanakan kod etika pelaporan yang dapat memperkasakan profesion kewartawanan serta memastikan pelaporan berita dilakukan oleh media secara bertanggungjawab.

Ia turut berfungsi menggalakkan komunikasi antara pengamal media, kerajaan, dan orang awam selain menyokong pembangunan profesional wartawan serta organisasi media.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.