Mangsa banjir Kelantan, Terengganu catat penurunan

Mangsa banjir Kelantan, Terengganu catat penurunan

Seramai 476 mangsa di Kelantan masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara manakala di Terengganu pula hanya daerah Besut yang masih banjir.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu mencatatkan penurunan setakat pagi tadi dan situasi dilaporkan semakin pulih. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jumlah mangsa banjir di dua negeri di Pantai Timur menunjukkan penurunan setakat pagi tadi.

Di Kelantan, bilangan itu berkurangan kepada 476 mangsa membabitkan 135 keluarga yang ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS), lapor Berita Harian.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat ini hanya satu daerah sahaja yang masih dilanda banjir iaitu di Tanah Merah.

Manakala dua daerah lain iaitui Kuala Krai dan Machang dilaporkan kembali pulih.

Bagaimanapun Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 10.4 meter.

Di Terengganu pula, hanya daerah Besut yang masih banjir.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, banjir di Hulu Terengganu pulih sepenuhnya selepas 12 PPS ditutup.

Jumlah mangsa banjir di dua PPS di Besut iaitu Dewan Terbuka Kampung Belaoh dan SK Kampung La masih kekal iaitu 12 keluarga membabitkan mangsa seramai 44 orang.

Seramai 12 mangsa daripada tiga keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Terbuka Kampung Belaoh dan sembilan keluarga membabitkan 32 mangsa ditempatkan di SK Kampung La.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.