
PETALING JAYA: Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 yang sepatutnya disalurkan pada November akan dipercepatkan, sempena Deepavali pada 20 Okt ini.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bayaran akan diawalkan, mulai 18 Okt. Jumlah keseluruhan STR Fasa 4 berjumlah RM12 bilion.
Perkembangan ini diumumkan kepada Dewan Rakyat ketika membentangkan Belanjawan 2026.
“Bagi STR, bayaran sehingga Fasa 3 telah dibuat, bernilai RM6 bilion,” kata Anwar.
Dalam pada itu, Anwar mengumumkan kerajaan bersetuju meluluskan meluluskan diskaun tol 50% untuk dua hari, juga sempena Deepavali.
STR merupakan bantuan kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.