
Pemotongan gaji setiap bulan ini diumumkan pada Disember 2022, atas keprihatian kepada rakyat, sehingga ekonomi negara pulih.
Dalam pada itu, Anwar mengumumkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 akan mula berkuat kuasa pada Januari.
Turut diumumkan, kerajaan bersetuju memperluas pelaksanaan Bantuan Insentif Berasaskan Prestasi kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam perkhidmatan awam persekutuan.
Perluasan ini bagi mengiktiraf prestasi cemerlang penjawat awam yang telah lama berkhidmat tetapi masih menunggu peluang kenaikan pangkat, dan tertakluk kepada syarat-syarat.
Katanya, mereka akan diberikan insentif khas bersamaan dengan nilai satu kenaikan gaji tahunan pada gred semasa, yang akan dibayar secara bulanan.