
Jabatan itu memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus dan terperinci bagi memastikan keadilan.
“Tindakan disiplin tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati bersalah,” menurut kenyataan.
Jaminan ini menyusuli laporan media bahawa seorang murid Tahun 3 mengalami retak tulang tangan, lebam pada pipi dan mata, serta trauma disyaki akibat buli di sebuah sekolah di Jitra.
Satu laporan polis dibuat di IPD Kubang Pasu, menurut Sinar Harian.
Sementara itu, jabatan mengingatkan semua institusi pendidikan mengambil langkah pencegahan bagi membanteras salah laku buli.
“Sekiranya berlaku kejadian buli, ia perlu ditangani dengan segera berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya.