
Ketua Polis Kota Setar, Syed Basri Syed Ali, berkata reman terhadap suspek disambung selepas tempoh reman tujuh hari bermula 18 Mei lalu tamat hari ini.
“Mangsa pula berada dalam keadaan stabil dan sudah sedar (masih dirawat di hospital),” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita 35 tahun cedera parah di leher dipercayai ditikam seorang lelaki 32 tahun yang dikenalinya di depan sebuah restoran pada 9.19 malam 17 Mei lalu.
Dalam kes berasingan, Syed Basri berkata, suspek yang cuba menculik seorang pelajar perempuan Tingkatan 2 di Pekan Simpang Kuala, dekat sini, pada 13 Mei lalu belum ditahan.
Dalam kejadian 8.26 malam itu, pelajar itu berjaya menyelamatkan diri daripada cubaan culik oleh seorang lelaki bermotosikal di lorong berhampiran pusat tuisyen.