
Menurut kenyataan daripada Istana Abdulaziz, Tengku Hassanal mengambil berat aktiviti latihan ketenteraan yang hendak dilaksanakan terutama di kawasan kepulauan, menzahirkan kebimbangan bahawa aktiviti ketenteraan tersebut akan menggugat ekosistem alam sekitar, flora dan fauna.
Jelasnya, baginda tidak menolak aktiviti ketenteraan bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman para pegawai dan anggota tentera, namun aktiviti ketenteraan tersebut mesti dilaksanakan dalam keadaan yang terkawal serta bertanggungjawab, selamat dan harmoni dengan alam sekitar dan semua pihak.
“Tuanku menitahkan agar pihak tentera dan semua pihak mesti mematuhi serta menjunjung titah baginda ini.
“Baginda tidak akan teragak-agak meminta kerajaan negeri untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat sebarang pelanggaran prosedur yang berlaku,” katanya.