RUU Hadi tersenarai dalam aturan Dewan Rakyat

hadi-awang-dewan-rakyat-fb-1
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mencadangkan hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah di Dewan Rakyat tahun lalu. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Usul Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 merupakan antara kandungan Aturan Urusan Mesyuarat di Dewan Rakyat hari ini, walaupun perkara itu kini dicabar di mahkamah oleh seorang bekas ahli Parlimen.

Usul presiden PAS yang tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat, yang membolehkan perkara itu dibincang di Dewan Rakyat hari ini.
Usul presiden PAS yang tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat, yang membolehkan perkara itu dibincang di Dewan Rakyat hari ini.

Usul itu merupakan rang undang-undang untuk memindah akta yang juga dikenali sebagai Akta 355, bagi meluaskan kuasa mahkamah syariah di samping memperkenalkan hukuman lebih berat terhadap pesalah syariah.

Dewan Rakyat menyenaraikan rang undang-undang (RUU) itu untuk perdebatan walaupun bekas ahli Parlimen, Tawfik Ismail, memberi amaran ia menyentuh kuasa raja-raja Melayu, di samping RUU tersebut kini di peringkat mahkamah yang membolehkan apa-apa perbincangan mengenainya dianggap menghina mahkamah.

“Adalah tidak berparlimen, amat tidak wajar, dan bertentangan dengan kedaulatan undang-undang jika Dewan Rakyat membahaskan titah ucapan Agong… ketika usul Hadi meminda RUU355 merenung anda semua dari dalam Aturan Urusan Mesyuarat, mengingkari keputusan Mahkamah Tinggi, menggunakan undang-undang yang diluluskan di dewan mulia ini, dan terang-terangan menyalahi Perlembagaan Persekutuan,” katanya semalam mengingatkan wakil rakyat mencabar sebarang usaha membawa masuk usul itu untuk debat.

Tawfik sebelum ini menamakan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan setiausaha Datuk Roosme Hamzah sebagai defendan dalam usaha memohon perintah mahkamah menghalang pembentangan RUU itu, dengan hujah perkara melibat Islam adalah tertakluk di bawah kuasa raja Melayu.

Pada 22 Februari, Mahkamah Tinggi menolak cubaan Pandikar membuang saman Tawfik.

Perbahasan RUU355 ditangguh tahun lalu selepas ia dibentangkan Hadi.

Usul mengenainya dibentangkan Hadi pada Mei 2016, dan sekali lagi pada November lalu dengan cadangan hukuman penjara ditambah daripada 3 kepada kepada 30 tahun, di samping denda maksima RM100,000 dan sebat 100 kali.

Undang-undang bermula di Dewan Rakyat, Tawfik gesa sekat usul Hadi