Pairin diperlukan untuk kuatkan BN, kata Musa

Ketua menteri Sabah meyakinkan presiden PBS itu untuk tidak bersara dari politik dan bertanding untuk sepenggal lagi.

PETALING JAYA: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan bekas ketua menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bertanding di DUN Tambunan bagi menguatkan Barisan Nasional di kawasan pedalaman.

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata demikian dalam ucapan kepada 3,000 hadirin di satu himpunan di di Tambunan hari ini.

“Pairin perlu diberi peluang kerana penyertaan beliau dalam pilihan raya umum itu boleh membantu menguatkan BN khususnya di kawasan pedalaman.

“Pada mulanya Pairan telah menyatakan hasratnya untuk bersara daripada arena politik tetapi selepas berbincang maka Pairin bersetuju menyertai pilihan raya umum kali ini,” kata Musa.

Beliau berkata dia ada berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi meminta Pairin menangguhkan rancangan persaraan buat masa ini.

Acara di Tambunan hari ini menyaksikan Musa menyerahkan geran tanah adat dan geran berkelompok kepada rakyat Tambunan dari pelbagai kampung.

Ketua Barisan Nasional Sabah itu menasihatkan pengundi supaya memastikan Barisan Nasional mempertahankan negeri itu kerana terdapat banyak manfaat daripada projek pembangunan yang sedang dirancang untuk kawasan itu.