Kecewa nama disekat Facebook kerana pelik

facebook

fmt-ohsem-inside-article1Sibuk mencari nama seorang rakan dalam laman sosial Facebook yang bekerja di Pulau Pinang untuk dihubungi atas urusan peribadi tetapi tidak dijumpai.

Carian lanjut, mendapati satu pesanan berkaitan namanya, Tottoro.

“Haloooo…Tottoro nak bagitau ni. Akaun ‘Nadia Tottoro’ dah takde tau! Facebook dengki, Mak Zukenbek blocked sebab nama Nadia Tottoro tak boleh guna! Ini akaun baru saya…Tapi…kenapa ada je nama pelik yang lain, Penyu Bekeng, Kudaku Terbang, Sang Kelembai la, Ayu Tepi Pintu, Pintu Neraka la..kenapa tak kena blocked pun!” tulisnya.

Rupanya Facebook melarang penggunaan nama Tottoro. Saya pun segera hubungi kawan tersebut yang kini menggunakan nama Nadiah Zamlus.

Sambil ketawa panjang dalam pesanan peribadi, Nadiah menjelaskan nama Tottoro adalah nama penanya sejak di universiti, tentu sekali bukan nama sebenar.

Dia akui terkejut apabila Facebook melarang nama itu kerana laman sosial sememangnya penuh dengan nama lebih pelik.

Bercakap mengenai nama, kami mengimbas beberapa nama pelik sama ada melibatkan tempat, kedai, nama orang dan sebagainya.

“Nama kampung saya pun pelik juga, Charuk Puting,” katanya merujuk kepada sebuah pekan kecil di Temerloh, Pahang.

“Itu okay lagi, ingat tak nama kedai shisha, Kelentit Rindu yang diperjuangkan pelakon Ahya Rosli sebagai bukan nama lucah?” kata saya.
Bagaimanapun nama itu sudah ditukar kepada Alyahyashisa sekarang.

Pencarian dalam laman sosial mendedahkan pelbagai nama-nama pelik. Ia termasuk:

– Nama seorang lelaki Indonesia, iaitu Anti Dandruf (seperti dilapor akhbar Metro pada 2 Julai 2015).

– Nama individu yang bersangkut-paut dengan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia dan hari bersejarah misalnya, Malaysia Rani, Malaysia Yap, Sarakup Malaysia Samak, Merdeka Osman dan sebagainya.

– Nama sebuah bandar di Wales, United Kingdom yang dikatakan paling panjang dan sukar disebut iaitu Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch
Link: GhostDancer

– Nama kampung atau pekan:
1. Batang Melaka ialah sebuah mukim dalam daerah Jasin, Melaka.
2. Kampung Penajis, di Rembau, Negeri Sembilan.
3. Kota Sarang Semut di antara Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah.
4. Kampung Atas Tol, Terengganu.
5. Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom, Sabah.
6. Kampung Tok Imam Lapar, Kuala Terengganu.
7. Desa Temu Jodoh, Yong Peng, Johor.
8. Kampung Dada Kering, Kuala Lipis, Pahang.
9. Kampung Seluar Terbakar, Ayer Hitam, Kedah.
10. Kampung Dara Mandi, Yan, Kedah.

… dan banyak lagi.

– Nama tempat pelancongan:
1. Sungai Bangang di Terengganu.
2. Gunung Besar Hantu terletak di Jelebu, Negeri Sembilan.
3. Pulau Kentut Besar/Kentut Kecil di perairan Pulau Langkawi.
4. Pulau Babi Tengah, di luar pantai Mersing, luar kawasan pantai timur Johor.
5. Pulau Bum Bum di Teluk Darvel yang terletak di Semporna, Sabah.
6. Pulau Pom Pom di perairan Laut Sulawesi di sekitar Semporna, Sabah.
7. Pulau Susu Dara terletak berhampiran Pulau Perhentian.

… dan sebagainya.

– Tidak ketinggalan nama kuih tradisional:
1. Puteri mandi
2. Ulat bulu
3. Cek mek molek
4. Gelembung buaya
5. Badak berendam
6. Lompat tikam
7. Telinga Keling
8. Batang buruk
9. Talam dua muka
10. Kuih pukis

– Nama kedai/restoran:

1. Kedai Kopi Gelak Kuat-kuat di Cheras.
2. Restoran Vargina di Sentul.
3. Restoran Jangan Ketawa, Petaling Jaya.
4. Kedai Makan Jadi Baru Botak, Johor Baru.
5. Restoran Doraemon, Bukit Cheras.