
Sebentar tadi, Universal Pictures mengeluarkan treler rasmi untuk filem yang bakal ditayangkan tahun depan, The Fate of the Furious.
Filem kesinambungan ke-8 daripada The Fast and Furious yang dibintangi Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Vin Diesel, Charlize Theron, Helen Mirren, Scott Eastwood, Michelle Rodriguez dan Tyrese Gibson itu bakal menemui peminat pada 14 April 2017 di Amerika Syarikat.
Frasa “family no more” yang tertera dalam poster filem itu adalah satu daripada tarikannya.
Filem arahan F Gary Gray itu mengisahkan ketegangan 2 watak utama, Diesel dan Johnson.
Dalam satu temuramah kepada portal hiburan berpusat di New York, pelakon utama Tyrese Gibson berkata, barisan pelakon dalam filem itu bekerja keras bagi menjayakan setiap elemen dan plot. Mereka juga terus memberi penghormatan kepada bekas bintang filem itu, Paul Walker yang meninggal dunia pada 30 November 2013.
“The Rock” juga sependapat dengan Gibson yang hanya terbaik diberikan kepada penonton.
“Kami meletakkan banyak masa dan usaha dalam filem ini. Kami ingin memastikan hanya yang terbaik apabila menyampaikan filem seperti ini, oleh itu kami lakukan yang terhebat,” katanya.
Ikuti treler eksklusif The Fate of the Furious oleh Universal Studios di