Kuasa atlet wanita berhijab sepanjang 2016

Ibtihaj-Muhammadfmt-ohsem-inside-article1Berhijab tidak menghalang wanita menyertai acara sukan bertaraf antarabangsa malah terus menjadi bahan bualan berinspirasi untuk komuniti Muslimah yang lain di seluruh dunia.

Di bawah disenaraikan 7 atlet wanita yang berhijab dan menjuarai hati netizen dengan persembahan sukan mereka sekali gus memecahkan stereotaip umum tentang wanita Muslimah.

1. Ibtihaj Muhammad

Wanita ini terkenal selepas menyertai sukan Olimpik di Rio mewakili Amerika Syarikat dalam sukan lawan pedang. Dia membuktikan wanita Islam Amerika juga mampu bersaing dalam sukan elit dan berjaya meraih pingat gangsa. Prestasi wanita berusia 30 tahun yang berdarah kacukan Afrika itu sememangnya membanggakan.

“Saya berada di Olimpik demi Amerika Syarikat. Kaum, agama dan gender tidak akan menghalang saya untuk meraih mimpi,” kata Ibtihaj.

shirin2. Shirin Gerami

Shirin Gerami menjadi buah mulut selepas menjadi wanita Iran pertama menyertai acara triathlon Ironman World Champion. Menariknya, dia menyertai acara itu dengan berhijab dan menyelesaikan gabungan 3 jenis olahraga iaitu berbasikal, berenang dan berlari.

Shirin menunjukkan kemampuan bertarung sampai ke garis penamat. Atlet berusia 26 tahun itu dinobatkan sebagai wanita Iran pertama yang beraksi di Ironman World Champion.

Doaa-13. Doaa Elghobashy

Apabila bercakap mengenai sukan bola tampar pantai, kita semua terbayangkan wanita memakai seluar bikini dan baju singlet sendat. Tetapi Doaa, 19, mengubah persepsi itu apabila tampil menutup aurat, malah berhijab sekali gus mencatat sejarah di sukan Olimpik Rio 2016.

Kemampuan Doaa berlaga dengan pasukan bola tampar pantai Mesir di Pantai Copacabana, Rio de Janeiro, Brazil menarik perhatian kerana dia menjadi satu-satunya wanita berhijab mewakili Jerman.

“Hijab tidak menghalang saya melakukan perkara yang disukai dan bola tampar pantai adalah salah satunya,” katanya.

kubra4. Kubra Dagli

Ramai yang menonton sukan taekwando kerana wanita jelita ini. Pemakaian hijab langsung tidak menghalang dia beraksi di gelanggang. Kubra Dagli yang berdarah Turki, meraih pingat emas di kejuaraan taekwondo dunia terus dihujani pujian dan penghargaan terutama daripada masyarakat Turki. Kemenangan wanita berusia 20-an itu menjadi perbincangan di media massa iaitu hijab bukan penghalang Kubra untuk menyinar dalam lapangannya.

rahaf5. Rahaf Khatib

Rahaf Khatib, berasal dari Michigan, Amerika Syarikat, wanita ini menarik perhatian setelah tampil dalam muka depan majalah Women’s Running edisi Oktober 2016. Atlet larian maraton itu merupakan wanita berhijab pertama yang menjadi model majalah sukan tersebut.

Warga Amerika daripada komuniti migran Syria itu mengaku mula berkecimpung secara aktif dalam sukan larian sejak 2012 dan mengambil bahagian dalam sukan maraton sebanyak 6 kali. Menjadi wanita Islam berhijab pertama yang tampil di muka depan majalah sukan merupakan detik kebanggaan Rahaf, apatah lagi dia bukanlah seorang model, selebriti atau orang terkenal, malah sudah berkahwin dan mempunyai anak.

sarah-attar6. Sarah Attar

Sarah Attar, seorang lagi atlet maraton berhijab yang menarik perhatian pada sukan Olimpik Rio 2016. Wanita itu juga pernah menyertai acara sukan Olimpik pada 2012 mewakili Arab Saudi, menjadi wanita berhijab pertama dari negara itu menyertai sukan antarabangsa. Dia berkata mahu memberi inspirasi kepada wanita Arab lain dalam sukan olahraga.

kariman7. Kariman Abuljadayel

Atlet berhijab ini juga mencuri perhatian dalam sukan larian sprint atau larian jarak pendek dengan mengenakan hijab sepanjang pertandingan di Olimpik Rio 2016. Ketika bersaing, wanita berusia 22 tahun yang mewakili Arab Saudi itu terus dihujani pelbagai pujian netizen susulan aksinya dalam pertandingan olahraga dunia tersebut.

Semoga 2017 akan terus menampilkan lebih ramai wanita Islam berhijab yang beraksi dengan jayanya dalam bidang sukan antarabangsa ini.

Gambar: ***kredit Instagram