Cayalah remaja perempuan sekarang pilih aksi ‘berani mati’

aksi-ngeri

fmt-ohsem-inside-article1Sepanjang minggu ini, rakyat Malaysia riuh berbicara mengenai aksi penuh risiko 8 remaja termasuk 3 gadis yang memanjat papan tanda gergasi “Ipoh”.

Menyerbu masuk, menceroboh, tanpa kebenaran, tidak memakai sebarang alat keselamatan, mengambil gambar selfie secara merbahaya dan banyak lagi kecaman diterima.

Ramai memandangnya sebagai kerenah budak sekarang, langsung tidak menghargai kehidupan, bertindak berani membuta tuli.

Tahukah anda ada segelintir melihatnya sebagai satu aksi berani dan patut diberi tabik “spring”?
Bagi mereka, inilah remaja sekarang dan tidak lagi dikongkong gaya hidup konservatif.

Mereka bebas. Berani. Termasuk golongan Hawa.

Di luar negara, tak perlulah pergi jauh, di Indonesia misalnya, remaja perempuan dilihat bersahaja membuat aksi lagak ngeri tanpa sebarang sokongan keselamatan.

“Memang wanita sekarang berani ..gambar dari Indonesia hikers.. Now 2k17 bang..bukan zaman 80an wanita duduk dalam rumah saja..katanya…dia taktau abang ni gayat tahap otromen dah,” petikan status dalam laman sosial yang disertakan gambar 2 wanita, seorang berbaring atas buaian kanvas (hammock) dan seorang lagi tertonggeng atas bawah memegang tali keselamatan.

Namun, berapa jauh kita boleh sokong perkara ini? Atau berapa lama kita nak berpura-pura mengawalnya?

Benar, remaja sekarang, sama ada lelaki atau perempuan tidak terikat dengan undang-undang alam. Malah, semakin kita menuju ke masa depan, mereka menjadi lebih lasak dan bersedia menanggung risiko.

Namun, kenapa mereka berbuat demikian? Nak famous ke?

Sekali gambar aksi lasak ngeri dimuat naik, ribuan “like”, “Share” dan “view” diterima. Siap dibuat liputan lagi.

Ingat lagi jejaka Malaysia bernama Keow Wee Loong yang melamar teman wanitanya seorang warga Poland dengan memanjat jambatan tertinggi di dunia, Beipanjiang? Aksinya dirakam dalam rakaman video menggunakan drone.

Lelaki Malaysia lamar wanita Poland dari jambatan tertinggi dunia,

Bagaimanapun ia bukan kali pertama, lelaki ini sudah biasa membuat aksi mengejutkan, sehingga Lonely Planet menyenaraikannya sebagai 10 berita jelajah terbaik 2016 bagi berita bergambar di kota larangan Fukushima.

Di Malaysia, kita kekurangan kemudahan lokasi untuk mereka yang gemarkan sukan lasak menunjukkan bakat.

Remaja kita baru berjinak dalam sukan ekstrem tetapi capaiannya agak pantas. Kes panjat papan tanda Ipoh bukan kes pertama.

Tidak dilupai juga tindakan seorang lagi remaja lelaki yang baru-baru ini memanjat dan berselfie di atas kren di tapak pembangunan projek hotel, pusat konvensyen dan bangunan komersial di Jalan Bougainvillea berhampiran bangunan Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI).

https://www.youtube.com/watch?v=iuwjI9rd2YQ

Selain Wee Loong dan remaja lelaki atas kren, ingatkah anda pada klip video aksi berani tetapi bahaya 2 pemuda meniti di atas tiang jambatan Putrajaya?

Abudi Alsagoff salah seorang daripadanya yang berasal dari Selangor tapi bekerja sebagai trainer di Dubai dalam bidang parkour/freerunning berkata aksi parkour yang dilakukan di atas Jambatan Seri Wawasan adalah hasil latihan berbulan-bulan.

Selain 2 jejaka, beberapa orang lain termasuk wanita turut memanjat jambatan tersebut. Entah kenapa mereka tidak menjadi berita nasional, sekitar dikongsi di laman sosial, blog dan portal. Apa pun percubaan itu sesuatu yang mengujakan.

Tiga tahun lepas, seorang gadis berpakaian Muslimah bertudung memanjat bangunan pencakar langit memegang mesej keamanan di Gaza turut mencuri perhatian ramai.

Kita kenang aksi sama dilakukan 21 tahun dahulu oleh sekumpulan rakan termasuk wanita dari media massa yang memanjat Menara Kuala Lumpur dan merakam gambar ala selfie menggunakan kamera SLR.

swafoto

Salah seorang daripada mereka, jurufoto bebas, Yusof Ghani ketika dihubungi berkata, aksi itu dilakukan menggunakan “harness” keselamatan.

“Asian women not meek and weak. Respect the ladies,” katanya merujuk kepada aksi remaja Ipoh.

FMT Ohsem percaya geng tersebut antara yang terawal melakukan aksi memanjat bangunan dan berselfie. Paling penting, mereka merakam segala aksi dengan kamera SLR, bukannya telefon pintar!