Padah parkir kereta di laluan kereta api

train-car

fmt-ohsem-inside-article1Keretapi langgar kereta!

Insiden itu berlaku di Stesen Komuter Pelabuhan Klang apabila sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna putih menghalang lauan menyebabkan ia dilanggar kereta api lokomotif milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Dalam kejadian hari ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali “bumper” atau bahagian belakang kereta tercabut akibat perlanggaran itu.

Menurut komen yang dikongsi pemandu lokomotif, KTMB bergerak mengikut masa ditetapkan dan kelewatan boleh menyebabkan gangguan jadual keretapi lain.

“Keretapi ada masa yang ditetapkan untuk setiap checkpoint. Apatah lagi bagi laluan yang dikongsi dengan komuter/ETS. Oleh itu, kegagalan mengikut jadual dengan tepat boleh menyebabkan perkhidmatan tren lain tergendala.

“Itu belum lagi mengambil kira laluan ETS yang boleh menyebabkan risiko penalti, saman daripada pengguna atau SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat),” katanya memihak kepada situasi dihadapi pemandu kereta api.

Menurut beliau, situasi itu tidak boleh dielak dan ia terpaksa melanggar kereta yang diparkir secara salah.

Beliau menyalahkan pemandu kereta yang meletakkan kereta di garisan berkotak yang sepatutnya dikosongkan untuk memberi ruang kepada keretapi.

“Bagi saya pemandu tren ni berani demi syarikat!
“Syabas kerana pecah rekod kemalangan kereta api dengan kereta setelah beberapa tahun tak pernah berlaku di Malaysia. #BekasDriverKTMB,” tulisnya menyindir.