Panjang umur kerana gemuk – tanya wanita ini

Suicide-ChinaSeorang wanita di selatan China terselamat daripada lemas disebabkan berat badannya.

Wanita itu nekad terjun ke dalam Sungai Zhongshan di wilayah Guangdong, untuk menamatkan hidupnya.

Bagaimanapun, hasratnya untuk membunuh diri tidak kesampaian disebabkan berat badan berlebihan, lapor Nanfang Daily.

Seorang nelayan yang merentasi sungai itu membuat panggilan kecemasan, selepas ternampak wanita itu terapung di sungai yang menjadi laluan kapal dan tongkang besar.

Pasukan penyelamat kemudiannya menghulurkan tali untuk menarik wanita itu ke dalam bot. Bagaimanapun, mereka berdepan kesukaran disebabkan saiz badannya.

Punca kejadian dan maklumat lanjut mengenai wanita gemuk itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.