Versi baharu Nokia 3310 gamit nostalgia

nokia-3310-2

fmt-ohsem-inside-article1Siapa sanggup membeli telefon versi baharu Nokia 3310?

Ia bukan telefon pintar yang menjadi citarasa pengguna gajet zaman sekarang.

Ia tidak mempunyai kamera piksel bersaiz besar atau aplikasi canggih seiring telefon pintar lain.

Malah, papan kekuncinya sama seperti model Nokia 3310 dahulu.

Jadi apa kelainannya? Sekejap, tunggu…

“Kalau harganya kurang RM900, saya tidak kisah membelinya,” kata seorang pengguna media sosial Meitty Tang.

Seorang lagi pengguna media sosial, Dinesh Pandian mengakui mungkin akan memilikinya sebagai telefon “back-up”.

Kemunculan Nokia 3310 bukan sekadar mengembalikan nostalgia lama tetapi sebagai telefon bimbit yang dikemaskini menepati kehendak semasa dengan ciri terbaik bagi sebuah telefon dalam kelasnya.

Mari periksa ciri-cirinya.

Nokia 3310 didatangkan dengan skrin QVGA berwarna 2.4 inci, kamera 2MP dan juga slot memori mikro SD.

Menariknya mengenai telefon ini ialah mempunyai bateri yang mampu bertahan selama sebulan dalam mood “standby” dan 22 jam masa berbual.

Dari segi reka bentuk pula, ia lebih baharu dan moden walaupun dengan sistem papan kekunci yang sama.

Ia akan dikeluarkan dalam pelbagai warna seperti kuning, merah “glossy”, kelabu dan biru gelap “matte”.

Bukan itu sahaja, permainan ular yang terkenal di kalangan pengguna Nokia dahulu turut dimuatkan tetapi lebih moden dan menarik dengan paparan berwarna.

Menurut portal gajet, Nokia 3310 akan dijual pada harga AS$52 (RM230).

Jadi, apa keputusan anda, ingin milikinya atau tidak?

Jurugambar profesional yang banyak menjelajah ke luar negara, Keow Wee Loong berkata, sebagai jenama yang membuat “come back”, mengekalkan ciri lama, sekurang-kurangnya hayat bateri perlu bertahan lebih 3 atau 5 hari tanpa Internet.

“Bila saya berjalan-jalan, sukar mencari plug untuk mengecas. Kalau sekadar 22 jam, saya tidak akan mempertimbangkannya. Lebih baik guna trelefon pintar dan bawa ‘power bank’,” katanya kepada FMT Ohsem.

“Ia hanya telefon koleksi,” katanya.

Tambahnya, memandangkan versi baharu masih menggunakan plug berpin maka ia tidak efisien untuk kegunaan “power bank”, kecuali ia mikro USB maka ada peluang untuk mempertimbangkannya, tambah Wee Loong.

Kredit video: The Verge