5 foto jurugambar Malaysia terbaik daripada 227,000 foto

photographer1

Lima peserta Anugerah Fotografi Dunia Sony 2017 dari Malaysia bakal diraikan selepas dinobatkan sebagai 10 jurugambar terbaik bagi gambar berkonsep kontemporari.

Lima gambar itu dipilih daripada lebih 227,000 gambar yang diambil peserta dari 49 negara di seluruh dunia.

Kejayaan itu amat membanggakan dan FMT Ohsem mengucapkan tahniah serta berharap mereka akan memenangi kategori Profesional, Terbuka, Belia dan Pelajar Focus.

Bukan itu sahaja, 11 jurugambar tempatan lain turut disenarai pendek sebagai 50 jurugambar terbaik dunia bagi kategori masing-masing.

Pemenang akan mendapat hadiah berupa barangan jenama Sony, iaitu peralatan pengimejan digital dan wang tunai.

Berikut 5 jurugambar terbaik Malaysia bersama latar belakang dan karya mereka.

Mount-FujiAnn Ric Lau, Kategori Terbuka Alam

Karya bertajuk “Moody” ini adalah imej Gunung Fuji yang diambil 2 hari sebelum Marathon Fujisan 2016 dari tepi Tasik Kawaguchiko. Gambar itu menunjukkan pemandangan menakjubkan gunung tertinggi di Jepun itu.

Ann Ric tinggal di Kuala Lumpur dan merupakan seorang pengembara serta jurugambar.
Ann: “Expect the unexpected”.

Fire-dancersFoley Hits, Kategori Terbuka Budaya

Gambar yang diambil ketika pesta api di Taiwan ini diberi tajuk “Fire Dancers”. Karya penuh berwarna-warni ini merakamkan suasana sambutan dan ritual unik yang diraikan bersama pertunjukan bunga api besar-besaran.

Hits dari George Town, Pulau Pinang ialah seorang jurutera audio profesional, komposer dan pensyarah. Beliau juga berminat terhadap seni bina, landskap, alam semula jadi dan potret.

Hits: “Saya amat terkejut, tetapi pada masa sama, gembira dan teruja menanti keputusan.”

Going-Home

Jian Seng Soh, Kategori Terbuka Street Photography

Imej bertajuk “Going Home” ini dirakamkan dalam sebuah pengangkutan awam di Kyoto, Jepun. Gambar hitam putih ini memaparkan gelagat seorang murid di Negara Matahari Terbit itu ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Soh berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. Katanya: “Saya terkejut melihat kebanyakan kanak-kanak Jepun berulang-alik ke sekolah setiap hari tanpa penjaga di sisi. Saya hairan dengan budaya dan tahap keselamatan yang diamalkan mereka sejak bertahun-tahun lamanya. Di tempat saya, sukar bagi kanak-kanak pergi ke sekolah atau tempat lain bersendirian.”

fish-parkYong Lin Tan, Kategori Terbuka Enhanced

Karya bertajuk “Park Fish” ini diambil dari balkoni sebuah rumah pangsa yang diubah dan dimanipulasi untuk menyampaikan perasaan jurugambar yang hidup dalam hutan konkrit dan hasratnya mendapat kebebasan.

Anak jati Pulau Pinang yang berusia 21 tahun itu kini tinggal di Cyberjaya dan merupakan artis digital serta jurugambar.

Tan: “Saya akan terus bekerja keras, berkongsi imej kreatif, karya seni dan subjek yang bermakna ini ke peringkat antarabangsa untuk dilihat dunia!”

unforgetable-memories1Nursyafiqah Azlan, Kategori Pelajar Focus

Gambar “Memories Unforgettable” diambil semasa lawatan keluarga ke negeri bersejarah, Melaka. Imej ini menunjukkan nenek Nursyafiqah bertemu semula cucu bongsunya yang pasti menjadi kenangan tidak dapat dilupakan.

Nursyafiqah yang berusia 18 tahun berasal dari Kuala Lumpur dan belajar di Universiti Multimedia di Cyberjaya.

Nursyafiqah: “Kemenangan hanya satu langkah menuju kejayaan, tetapi merakamkan gambar yang baik adalah kepuasan sebenar.”