7 kali keluar masuk tandas, beg tangan penuh tisu

stealing-toilet-rollfmt-ohsem-inside-article1Gambar foto beberapa orang pertengahan usia dan warga emas mencuri tisu tandas dari tandas awam di sebuah destinasi pelancongan paling popular di ibu negara China tular di media sosial.

Mereka dilihat membuat beberapa pusingan setiap hari untuk mencuri tisu tandas, menurut laporan Beijing Evening News.

Tambah laporan itu lagi, gambar foto yang dikongsi dalam media sosial semalam menunjukkan mereka masuk semua 7 tandas di Temple of Heaven Park Beijing dan mengoyakkan helaian panjang tisu tandas secara terang-terangan dan menyimpan dalam beg mereka.

Tisu itu disediakan oleh kerajaan kepada pelancong di lokasi itu dengan menjenamakannya sebagai tandas berbintang.

Dalam gambar itu, seorang wanita pertengahan umur menunggu di luar tandas dan mencuri tisu tandas apabila tiada orang di sekeliling.

Wanita itu dilihat membuat 3 pusingan dalam masa 30 minit.

toilet-paper-chinaLaporan ini bagaimanapun menimbulkan kekecohan di kalangan netizen yang mengutuk kegiatan mencuri manakala sebahagian lagi berbau sindiran kerana kebanyakan pencuri tisu tandas adalah golongan pertengahan umur ataupun orang tua.

Seorang pengguna Weibo berkata, “Ini perkara biasa di kalangan generasi lama, bagi mereka semua milik negara adalah milik rakyat.”