Whoosh, cermin mata siap dalam setengah jam!

whoosh-1

fmt-ohsem-inside-article1Kalau mahu bergaya, salah satu aksesori yang mesti dimiliki ialah cermin mata. Tidak kira lelaki atau wanita, kalau gaya cermin mata itu mengena dengan diri anda, maka ia boleh menjadikan penampilan anda bertambah ummph!

Di bawah, ada beberapa tips memilih cermin mata yang sesuai dengan personaliti anda. Baca dulu sebelum memilikinya:

Kontras: Bentuk bingkai haruslah kontras dengan bentuk wajah. Jika wajah anda berbentuk bulat, maka pilih bingkai bersudut. Sebaliknya jika wajah anda bersegi pilihlah bingkai bulat. Ia akan memberi penampilan yang lebih sekata.

Saiz: Secara am, anda mahu pilih saiz yang sesuai dengan wajah anda. Berbeza jika anda memilih cermin mata hitam di mana ia harus lebih besar.

Warna: Pilih warna yang sesuai dengan ciri wajah anda. Bagi cermin berwarna, hitam terbaik untuk menyerlahkan dan membentuk mata anda. Warna cermin yang kontras dengan warna kulit atau rambut akan membuatkan anda lebih menyerlah.

whoosh-2

Sebut pasal tips pilih cermin mata, baru-baru rangkaian kedai cermin mata terkenal, Whoosh dibuka di Sunway Pyramid.

Whoosh ialah subsidiari Focus Point, yang menyediakan pelbagai jenama produk cermin mata berfesyen.

Mengamalkan konsep niaga “terbuka”, pelanggan Whoosh berpeluang memilih dan mencuba cermin mata tanpa “stress” diganggu oleh jurujual atau pekedai terlibat.

“Ia satu keunikan Whoosh. Pengalaman beli-belah di sini memberikan kebebasan, ruang dan
keterbukaan. Ia serasi dengan citarasa pengguna generasi muda. Jenama dan pilihannya pula seiring fesyen semasa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Focus Point, Dato’ Liaw.

whoosh-3

Tetapi itu bukan satu-satunya tarikan di Whoosh.

Di Whoosh, yang bunyinya seperti “sepantas kilat” juga menyediakan perkhidmatan sepantas yang mungkin.

Cermin matanya boleh disiapkan dalam masa setengah jam ke satu jam, selari dengan motonya “Fast. Fresh.Forward”.

“Alangkah bagus jika kita dapat memeriksa mata, memilih cermin mata dan bergaya dalam tempoh pantas?” tanya Datuk Liaw Choon Liang.

Sempena pelancaran Whoosh, ia turut memperkenalkan kempen “Whoosh, Eye Am Stylish!” 2017.

Whoosh menyediakan 5 rangkaian gaya berbeza, 4 harga tetap dan pasukan pakar cermin mata yang berpengalaman untuk menasihati pelanggan memilih aksesori yang sesuai.