‘Kisah dari Jamban’, cerita pasal apa ni?

tales-1

fmt-ohsem-inside-article1Anda tak perlu memalingkan muka, menutup hidung, menahan bau atau buat muka tak selesa.

Tales from the Jamban (TFTJ) atau alih bahasanya, Kisah dari Jamban bukanlah menceritakan kejijikan secara literal tetapi mungkin akan membuatkan anda merasai kekotoran dalam masyarakat yang secara sengaja atau tidak, disembunyikan daripada perbincangan umum.

 

FMT Ohsem berpeluang menemuramah “orang kuat” di sebalik produksi teater ini, Fa Abdul untuk menceritakan secara lanjut mengenai “TFTJ”.

“Kami bermula dengan Tales from the Bedroom (TFTB) yang mendapat sambutan baik. Sememangnya perkara berkaitan bilik tidur agak tabu, sama seperti tandas (jamban). Sebagaimana tandas dikaitkan dengan benda jijik, bilik tidur pula dikaitkan dengan seks.

tales-2“Kami mahu ubah persepsi itu ketika membuat TFTB. Ia menceritakan elemen hubungan, komitmen, pengkhianatan, cinta remaja dan sebagainya.

TFTJ akan membongkar isu yang lebih luas, tentu sekali bukan hanya berpusat kepada etika penggunaan tandas,” ujar Fa.

Jelasnya, TFTJ membawa elemen di luar jangkaan seperti kehamilan di kalangan remaja, vandalisme, pengubahan wang haram dan sebagainya.

Malah, 2 persembahan daripada TFTJ akan disampaikan dalam bahasa Melayu bertajuk, “Jenaka Apakah ini” yang akan membawa penonton mengimbas zaman kanak-kanak mengenai kisah hantu dan “tandas haram” serta hipokrasi dalam masyarakat.

Bukan itu sahaja, beliau turut menjawab mengapa krew TFTJ memilih jamban sebagai subjek teater.

 

“Tandas adalah satu ruang privasi. Banyak perkara yang boleh berlaku di sana (selain apa yang sepatutnya).
Misalnya sebagai tempat ‘melarikan diri dan bersembunyi’, melepaskan geram, menangis, menjerit dan bercakap isu peribadi. Jadi ia pasti menyimpan pelbagai emosi dan TFTJ sedia berkongsinya,” kata Fa.

Selain Fa yang juga penerbit TFTJ, krew ini turut melibatkan 9 lagi penulis skrip seperti Matthew Koh, Sho Suzuki, Mike Azmaine, Kevin Ng, Michelle Tan, Emmanuel Joseph, Amir Hazril, Terence Toh dan Lenny Wan.

tales-3Memberi jaminan TFTJ berunsur hiburan sepenuhnya ia turut membangkit beberapa mesej yang “thought provoking”.

 

TFTJ arahan Sudhan Nair juga dibarisi pelakon yang mempunyai kekuatan tersendiri dalam bidang lakonan teater.

TFTJ akan dipentaskan bermula esok, 24 hingga 26 Mac dan bersambung pada minggu seterusnya, 31 Mac hingga 1 April.

Jangan risau anda masih boleh dapatkan tiket yang dijual pada harga RM42 secara atas talian di www.ticketpro.com.my atau menerusi Kuala Lumpur Box atau menghubungi di talian 03-40479000.

tales-4