‘Abang sado’ patah kaki guna mesin ‘leg press’ 500kg

PatahOuchh, video ini boleh buat anda rasa sakit!

Kalau anda komited dengan sesi senaman di pusat gimnasium atau mana-mana pusat kecerdasan, berpada-padalah.

Jangan “over-do”, kerana itu pengajaran yang bakal anda pelajari daripada rakaman yang diambil di sebuah pusat gim di India.

Rakaman ini menunjukkan seorang lelaki sado duduk di atas mesin “leg press” dengan berat kira-kira 500kg.

500kg? Hmmm… patutlah sampai boleh terpatah kaki tu!

 

https://www.facebook.com/nilfinofficial/videos/774175949411476/

Video menunjukkan betapa lelaki itu berusaha keras menolak kakinya melawan berat mesin “leg press” tersebut.

Malang tidak berbau apabila berat tidak dapat ditampung kaki dan sebaik dia meluruskan kakinya, berat itu berbalik semula kepadanya sehingga menekan kaki menyebabkan ia patah membengkok ke bawah (sila lihat video).

Rakannya yang dipercayai sedang merekodkan rakaman itu menjerit, “Oh s***” dan segera membantu lelaki itu keluar dari mesin tersebut.

Insiden yang sedang viral di laman sosial berlaku di pusat gim, Pehalvaan.com di Vadodara, Gujerat.

 

https://www.facebook.com/SavehumanityOfWorld/videos/vb.1137806732999356/1244157599030935/?type=2&theater