Makin kerap melancong, anda jadi semakin ‘hebat’

melancong

Melancong ke luar negara ternyata memberi seribu satu kepuasan. Bukan itu saja, mereka yang banyak melancong dan menjelajah juga digelar sebagai individu yang hebat!

Ini kerana mereka yang suka “berjalan” mempunyai pelbagai pemahaman mengenai manusia, budaya, bahasa dan bangsa, justeru berpengetahuan tinggi dan selesa dengan apa jua situasi selain “hebat”.

Kajian Booking.com terhadap lebih 15,000 responden dari 20 negara berbeza mendedahkan penemuan mengenai pengalaman melancong dan bagaimana ia membantu memahami dunia ini secara lebih baik.

Sebanyak 40% akui pengalaman melancong membantu mengenali orang baharu manakala 43% pula mengenali makanan baharu, 29% pelajari bahasa baharu dan 29% lagi akui teringin belajar budaya baharu.

Bukan itu saja, 61% mengakui mereka yang banyak melancong didapati lebih hebat berbanding mereka yang tidak pernah keluar negara.

Dalam pada itu, 45% mendapati mereka sebagai seorang yang sangat berjaya dalam hidup.

Satu daripada 10 orang berkata, perjalanan kali pertama sama ada mendedahkan mereka kepada perhubungan baharu atau peluang pekerjaan baharu.

“Anda akan terus ketagih untuk melancong selepas memperoleh semangat dan keyakinan pada kali pertama berbuat demikian. Ia sesuatu yang sangat bagus,” kata said Ketua Pegawai Pemasaran Booking.com, Pepijn Rijvers.

Berikut 10 sebab mengapa anda patut melancong:

1. Melancong menjadikan anda mahir dalam mengendalikan masalah dan manusia.

2. Melancong atas tujuan bercuti boleh mengurangkan risiko diserang sakit jantung.

3. Anda akan lebih menghayati alam sekitar dan kejadian semula jadi, menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.

4. Perbelanjaan akibat melancong memberi lebih banyak kepuasan positif berbanding perbelanjaan membeli barangan.

5. 89% daripada mereka yang melancong didapati mengurangkan tekanan dalam masa beberapa hari saja.

6. Mereka yang banyak melancong peka dengan masalah orang lain dan sentiasa sedia membantu.

7. Mereka yang banyak menjelajah juga mempunyai tahap kesihatan mental yang baik.

8.Pasangan yang sentiasa melancong bersama dilihat lebih intim.

9. Melancong menjadikan anda kreatif dan berfikir di luar kotak.

10. Melancong juga menjadikan anda bijak dan sedia melakukan pembaharuan.

Jadi, apa lagi jom tempah tiket dan melancong!