Universiti terima pelajar yang menulis #BlackLivesMatter dalam borang permohonan

#blacklivematterfmt-ohsem-inside-article1Dunia sekarang tidak memerlukan seorang yang cerdik pandai, tetapi seorang yang bijak mahir!

Kenapa? Baca artikel ini.

Seorang pelajar Islam, kacukan Amerika-Bangladesh berusia 18 tahun terkejut selepas ditawarkan tempat di University of Stanford.

Ini kerana, dia menulis “#BlackLivesMatter” sebanyak 100 kali dalam kolum esei borang permohonannya dan tidak menyangka pendekatan inovatif itu berkesan dan membuahkan hasil apabila diterima masuk ke universiti itu.

Kolum esei borang permohanan itu meminta pemohon menulis esei bagi soalan, “What matters to you, and why?” (Apa yang anda kisah dan mengapa?)

Maka aktivis remaja dari Princeton, New Jersey itupun memutuskan untuk menjawab menggunakan caranya sendiri iaitu menulis “#BlackLivesMatter” 100 kali.

Jawapan itu bagaimanapun menarik perhatian pejabat unit kemasukan sekolah California dan Ahmed menerima surat tawarannya pada Jumaat lepas.

Dia berkongsi jawapan dan surat tawaran ke universiti berprestij di Amerika Syarikat itu dalam akaun Twitternya.

“Saya terkejut apabila membaca surat tawaran itu,” kata Ahmed, seperti yang dilapor akhbar tempatan Mic.

“Saya juga kagum kerana sisi aktivisme dilihat sebagai aset dan bukan liabiliti oleh mereka,” katanya.

Ahmed berkata, ia menjadi tanggungjawabnya untuk berjuang demi hak kulit hitam dan bersuara demi mereka.

“Walaupun ia bukan sejenis aktivisme yang saya cuba tunjukkan dalam borang itu tetapi ia adalah jawapan saya kepada soalan itu. Saya mahu buat satu kenyataan konkrit, itu sahaja,” katanya.

Ahmed seorang aktivis yang terkenal dalam kalangan kumpulannya, malah pernah dipelawa menyertai majlis iftar di Rumah Putih dan diiktiraf sebagai Islam-Amerika reformis di bawah pentadbiran Obama.

Pada 2016, Ahmed pernah berkhidmat dalam kempen presidensi bagi calon Demokratik, Hillary Clinton.

Selain Stanford, Ahmed turut mendapat tawaran belajar dari Universiti Yale dan Princeton.

Ahmed diberikan masa sehingga 1hb Mei untuk memutuskan universiti pilihan.