‘Hero’ selamatkan anjing tular di laman sosial

save-anjingfmt-ohsem-inside-article1Rakaman seorang lelaki menyelamatkan seekor anjing dipercayai jatuh ke dalam parit besar yang penuh dengan air menjadi tular di laman sosial selain dihujani dengan pujian.

Rakaman video 28 saat itu menunjukkan seorang lelaki cuba mengangkat anjing menggunakan kedua-dua belah kakinya sementara berpaut pada seorang rakan yang memegang tangannya.

Mungkin bagi mengelak lelaki itu jatuh sekali dalam parit besar itu, rakannya yang berbaju kuning kemudian membantu mengangkat kedua-dua lelaki dan anjing itu.

Akhirnya anjing itu selamat dibawa naik ke darat dan beberapa orang dilihat mengerumuni kawasan itu menyaksikan insiden tersebut.

Bagaimanapun tempat kejadian mahupun latar lelaki tidak dinyatakan dalam rakaman itu.

Pengguna media sosial, Mohd Shafie Abdullah dalam rakaman itu berkata, “Semoga dirahmati Tuhan adik. Anda adalah hero. Anda akan dirahmati olehNya.

Manakala Jasonuxus Chanus pula berkata, “Kebanyakan belia sekarang kelihatan seperti gangster, tetapi mereka baik hati dan mesra. Semoga dirahmati dengan perkara baik!!!”

Lebih 250 netizen berkongsi rakaman yang ditonton 20,000 kali itu.

要谢谢这位大哥,用双腳夾救起这只狗狗。。。超棒