Sultan Nazrin puji Khoo Kay Kim sebagai ‘ensiklopedia’ sejarah Malaysia

Sultan-Nazrin-Shah-Khoo-Kay-Kim's-autobiography

fmt-ohsem-inside-article1Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini melancarkan buku autobiografi sejarawan terkemuka negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Buku memoir setebal 137 muka surat bertajuk ‘I, KKK – The Autobiography of a Historian’ memaparkan kenangan Khoo semasa membesar dalam zaman prakemerdekaan Tanah Melayu, sepanjang perjalanannya sehingga menjadi guru kesayangan dalam kalangan ramai tokoh terkemuka Malaysia.

Kisah menarik dan pahit manis beliau dalam mengharungi zaman huru-hara dan penuh mencabar dalam perjuangan membentuk sebuah negara baharu, digambarkan dengan penuh terperinci oleh pakar akademik yang dihormati ini.

Dalam ucapan baginda, Sultan Nazrin bertitah autobiografi itu memaparkan aspirasi, impian dan kepercayaan sejarawan itu dalam menghayati kisah dan peristiwa yang membawa kepada kelahiran sebuah negara baharu.

“Menerusi pengalamannya yang sentiasa dan tanpa jemu mendampingi rakyat negara ini, beliau dikenali sebagai ‘ensiklopedia’ sejarah Malaysia,” titah baginda.

Sultan Nazrin turut menyifatkan memoir itu sebagai ‘lagu cinta’ kerana ia menggambarkan sejarah negara dengan penuh puitis yang dikarang daripada cebisan-cebisan kehidupan.

“Tatkala kita mencapai 6 dekad dalam kehidupan kita sebagai sebuah negara, adalah penting untuk mengenang kembali apa yang telah dilupai dan untuk mendukung suara-suara naratif mereka yang telah membentuk negara kita khususnya apabila ia berkait secara langsung dengan mereka,” titah baginda.

Semasa ditemui selepas pelancaran buku itu, Khoo, 80, berkata buku itu didedikasikan kepada semua rakyat Malaysia untuk mereka lebih mengenali negara, khususnya golongan muda.

“Saya nak orang muda mengenali dan berbangga dengan Malaysia. Banyak orang asing memuji Malaysia dan satu perkara yang kebanyakan rakyat tidak tahu, Tanah Melayu adalah negara terkaya dalam seluruh empayar British sebelum perang dunia kedua,” kata anak kelahiran Perak itu.

Buku autobiografi itu boleh didapati di semua kedai buku seluruh negara.