Kecoh lagi pasal gambar menyusu anak, kali ini ketika mendaki

pinkmilk

Mungkin sekadar gimik mencari populariti, atau bersifat berjuang demi hak seorang ibu, tindakan penyanyi Pink memuat naik gambar dia menyusu badan anaknya menjadi buah mulut di laman sosial.

Gambar di Instagram itu menunjukkan dia sedang menyusukan anaknya Jameson ketika sedang mendaki.

Ramai yang menganggap ia sesuatu yang “normal” dan memuji Pink kerana menjalankan tanggungjawab seorang ibu tanpa mengira tempat dan aktiviti.

Namun, ada juga yang mengecamnya cuba mencari publisiti dan sengaja mendedahkan “maruahnya” kepada umum atas nama menyusukan anak.

Gambar pertamanya tertulis, “Mengembara menyebabkan kami dahaga! #normalizebreastfeedingyo”.

Sebuah lagi gambar dimuat naik tertulis, “Menghormati #nationalbreastfeedingweek2016 Saya dengan bangga memua tnaik gambar yang menunjukkan satu perbuatan yang semula jadi dan sihat antara ibu dan anak. Dirakam di Helsinki oleh seorang bapa yang bangga dan menyokong.”

Pink sebelum ini pernah melakukan perkara sama tahun lepas iaitu memuatnaik gambar menyusu anak sulungnya pada 2012 ketika dalam siri jelajah konsert, menyebabkan pelbagai respon.

Pink dijemput untuk bercakap mengenai hak menyusu badan di tempat awam dalam rancangan televisyen Alan Carr’s Chatty Man sebagai membalas kecaman orang ramai yang melihat gambar itu sebagai “menjijikkan”.