Anak Chef Wan minta jangan lempar minyak pada api menyala

serina-2

fmt-ohsem-inside-article1Anak perempuan chef selebriti, Chef Wan iaitu Serina Redzuawan mengakui tidak mahu kisah rumahtangganya disensasikan.

Serina menerusi posting di laman sosial Instagram meminta semua pihak tidak mengeruhkan lagi keadaan dan berkata dirinya terbuka untuk menerima keputusan mahkamah.

“Apa yang u all baca, from IG My dad and apa yang Gavin jawab, realitinya hanya Serina yang tau dan menanggungnya. Papa juga ada hak bersuara kerana dia adalah my father.

“I hope tak perlu kita besarkan isu ni lagi.. janganlah lempar minyak pada api yang sedang menyala,” tulisnya.

Serina juga berkongsi, anak-anaknya yang masih kecil tidak tahu-menahu apa yang sedang berlaku dan apabila isu ini menjadi bualan orang, dia takut komen negatif akan menyebabkan mereka trauma.

“Doakan semua selesai dengan baik. Terima kasih pada semua yang menyokong dan media juga..I minta maaf tak dapat jawab call dan soalan bertubi tubi. Today I kasi kenyataan from my official IG,” sudahinya.

Kisah rumahtangga Serina dan suaminya Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar menjadi buah mulut selepas Chef Wan dalam satu muat naik di Instagram miliknya mendedahkan kehidupan pasangan itu tidak bahagia.

Malah, Chef Wan menyatakan Serina sudah memfailkan perceraian dan ia berpunca daripada sifat kedekut menantunya dalam memberi nafkah dan enggan menerima nasihatnya supaya berubah.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/15/chef-wan-dedah-perkahwinan-serina-tidak-bahagia/