Beg Balenciaga dikecam kerana menyerupai beg biru Ikea

beg-1

Apalah agaknya nasib jenama terkemuka Itali, Balenciaga.

Tahun lalu ia dikecam kerana rekaan begnya sama seperti beg selimut yang dijual di pasaraya, hari ini kerana rekaan beg terbarunya sama seperti beg pasar raya perabot Ikea.

Beg Balenciaga ini berwarna biru terang, menggunakan material kulit berkedut dan logo berwarna emas.

Namun secara fizikal ia bersaiz sama besar seperti beg kitar semula Ikea dengan tali pemegang pendek dan panjang.

Namun, dari segi harga, beg Ikea hanya bernilai AS$0.99 (RM4.50) manakala beg Balenciaga ini pula berharga hampir RM9500!

Terdapat juga pilihan warna hitam bagi rekaan yang sama tetapi pada harga yang lebih murah iaitu, RM7800.

Kini, jenama tersebut terus diserang netizen yang menggangap Balenciaga kemudaratan idea dan menggunakan rekaan murah untuk produk mahalnya.

Tak mengapalah, sebab gimik sedemikian dikatakan berhasil kerana rekaan beg tote, Bazar Shopper Tote dan beg selimut, Blanket Square dikatakan laris dalam pasaran.

Mari kita lihat apa reaksi netizen berkenaan beg itu.

 

beg-3

beg-2

beg-5