#FollowLofa dedah teka-teki hubungan Neelofa-Fattah

Loffatah1

fmt-ohsem-inside-article1Laman dalam talian berkonsepkan gaya hidup, Hurr.tv melancarkan siri realiti tv menerusi program terbaharunya, “ShowReal”.

Ia akan menayangkan perjalanan sebenar kehidupan artis terkenal, Nor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa dalam siri 6 episod bermula 26 April ini jam 6.00 petang.

Dengan 4.5 juta pengikut di Instagram, lebih 3 juta di Facebook dan Twitter selain berjaya dalam bidang hiburan serta perniagaan menjadikan Neelofa menjadi pilihan Hurr.tv bagi rancangan arahan model dan pengacara, Elaine Daly.

Menurut Elaine, ShowReal adalah siri realiti web yang disediakan untuk peminat yang ingin mendapatkan pendedahan eksklusif mengenai kehidupan personaliti di kaca mata umum.

“Inilah peluang untuk melihat diri sebenar mereka. Sebagai seorang wanita muda moden yang berjaya, Neelofa menjadi contoh dan inspirasi kepada anak-anak muda supaya gigih untuk mengejar impian, sama ada menjadi usahawan berjaya atau mengukir nama di dalam dunia hiburan,” kata Elaine dalam majlis pelancaran ShowReal di Shah Alam baru-baru ini.

Hurr.tv juga meminta penonton menggunakan #FollowLofa untuk mendapatkan kemaskini program tersebut yang membabitkan elemen industri hiburan, usaha membangunkan jenama dan sebagainya.

“Ia akan menyelitkan tinjauan ke set ‘Meletop’ yang dihoskan Neelofa, pelancaran koleksi Neelofar Hijab, fesyen Neelofa pada sesi peragaan, di sebalik tadbir Anugerah Meletop, set iklan serta persediaan ahli keluarganya menjelang perkahwinan kakaknya,” ujar Elaine lagi.

Tidak ketinggalan sesi ramah mesra peminat LoFattah yang turut menampilkan pelakon, Fattah Amin.

Fashion Valet menjadi penaja utama fesyen bagi setiap episod siri #FollowLofa dalam rancangan ShowReal.

Menambah nilai, setiap koleksi pakaian yang diperagakan dalam episod itu akan turut dijual kepada penonton dalam laman web Fashion Valet.

Ikuti temuramah Neelofa bersama FMT Ohsem sempena pelancaran #FollowLofa, ShowReal.

1. Apa respon Neelofa selepas terima tawaran buat program realiti?

Neelofa: Hurr.tv tanya saya kalau berminat buat own realiti show. Saya fikir, ambil masa dan akhirnya berkata yes. Dan ya, saya berasa seronok sepanjang proses penggambaran dan penyuntingan.

2. Apakah antara perkara yang akan dikongsi Neelofa?

Neelofa: Antara perkara yang akan dikongsi #FollowLofa ialah persiapan perkahwinan kakak. Saya bersama keluarga dan kawan-kawan, kami masak bersama, makan bersama….
Pelbagai perkara yang kami bualkan dalam majlis itu dan sebagainya…
Turut diselitkan ialah apa yang berlaku sebelum dalam selepas rancangan Meletop.

3. Sebelum ini Neelofa tampil dengan #ILofayou yang juga berbentuk realiti, perjalanan hidup sebenar, jadi apa bezanya dengan #FollowLofa ini?

Neelofa: Ilofayou bukanlah show realiti sebenar sebab tiada kamera tetapi saya sendiri yang rakam. #FollowLofa sangat emm… real, lebih teratur dan lebih menarik. Berbanding menggunakan media sosial sebagai platform #FollowLofa guna saluran laman web.

4. Apa yang cuba disampaikan dalam program ini?

Neelofa: Apa sahaja yang boleh memberi penonton inspirasi dan motivasi selain mendedahkan mereka dengan kehidupan sebenar saya. Motivasi dalam memulakan kerjaya, bagaimana untuk melalui sesuatu permasalahan dan sebagainya.

5. Mengenai pakaian daripada Fashion Valet, bagaimana kolaborasi tersebut?

Neelofa: Kerjasama kami agak mudah kerana koleksinya senang untuk “mix and match”. Lagipun apabila mereka beri pilihan, saya pula terus meminta supaya ada lebih banyak pilihan.

6. Neelofa dipilih antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017, apa pendapat dan perasaan anda?

Neelofa: Ia merupakan satu penghargaan yang tidak disangka dan semestinya saya rasa bangga, teruja dan terkejut. Saya selalu terikat dalam memberikan kualiti dan komitmen yang terbaik kepada pengguna, selain berusaha menampilkan kelainan dalam setiap produk keluaran Naelofar Hijab. Syukur kepada Allah, dalam jangka masa 3 tahun, Naelofar Hijab mene­rima pelbagai pengiktirafan.