Rumah kotor, jijik menang hadiah RM2,806

rumahkotor121

Dunia ini memang tidak adil. Mereka yang menjaga kebersihan rumah dan kesihatan ahli keluarga tidak pula mendapat kredit, sebaliknya pengotor yang menjadikan rumah mereka seperti tong sampah diberikan ganjaran.

Kejadian itu berlaku di United Kingdom dalam sebuah pertandingan rumah paling kotor.

Pemenangnya, seorang pelajar perempuan menyertai pertandingan itu selepas dimaklumkan bapanya.

rumahkotor121281

Menurut laporan sebuah portal, rumah yang diduduki Brittani, 19, dari Longlevens, Gloucestershire bersama 5 rakannya dinobatkan pemenang selepas berjaya memenangi hati juri dengan keadaan rumah mereka yang sangat kotor.

Gambar yang dihantar kepada penganjur pertandingan itu menunjukkan rumah berkenaan dalam keadaan sangat sepah, termasuk kotak piza bertimbun, tong sampah penuh, sinki air tersumbat serta dapur yang kotor.

“Bapa saya ternampak pautan pertandingan itu dalam web-blinds.com dan terus menghantarnya kepada saya. Dia sekadar mahu berlawak dan menyindir tabiat saya bersama rakan serumah yang selalu membiarkan rumah dalam keadaan kotor.

kotue21

“Saya memuat naik gambar rumah kami yang kotor dan saya sangat gembira kerana mengambil bahagian dalam pertandingan itu,” katanya yang terkejut apabila memenangi wang tunai £500 (RM2,806).

Persoalan yang timbul ialah apa motif pertandingan itu dianjurkan? Bukankah ia sepatutnya diadakan untuk menggalakkan peserta menjadi lebih baik daripada aspek positif, bukannya untuk menjadi orang ramai lebih teruk daripada keadaan sekarang.