Pelajar dapat sayur-sayuran sebagai hadiah hari sukan

hadiasayur

fmt-ohsem-inside-article1Kesian budak-budak tadika di utara China apabila mendapat hadiah sayur-sayuran pada hari sukan.

Bukan nak kata hadiah itu tak elok, cuma tak disangka. Lagipun hadiahlah yang diimpikan setiap kanak-kanak yang memenangi sesuatu pertandingan.

Tadika di Zhengzhou, di wilayah Henan itu menawarkan hadiah berupa sayur kubis untuk johan pertandingan, timun untuk naib johan dan daun bawang untuk tempat ketiga, petik laman berita South China Morning Post.

“Tadika menganjurkan pertandingan sukan olahraga tetapi hadiah jenis apa yang mereka sediakan untuk kanak-kanak?” soal ibu bapa.

Namun, seorang guru yang ditemui krew berita berkata, hadiah itu dipilih seiring dengan Hari Buruh yang disambut di seluruh dunia semalam, 1 Mei.

Laporan itu turut menyelitkan beberapa gambar foto kanak-kanak memegang sayur kubis yang diikat reben merah dan “bunting” hari sukan sekolah dengan slogan, “Saya bersenam, Saya sihat, Saya turut serta, Saya gembira”.

Beberapa pengguna internet khususnya ibu bapa dan penjaga yang menemani anak mereka memuat naik gambar dan ketidakpuasan mereka terhadap hadiah hari sukan itu di laman sosial.

Dalam kebanyakan gambar, hadiah itu disifatkan sebagai “tidak masuk akal”.

Sementara itu, beberapa pengguna menyampaikan rasa simpati kepada kanak-kanak yang terpaksa pulang dengan sayur-sayuran, manakala sebilangan lagi melihat sisi positif hadiah itu sebagai kreatif dan menghargai tanaman.

Seorang pengguna media sosial berkata, “Saya tidak lihat sebarang kesilapan dalam pemberian hadiah ini. Sekurang-kurangnya mereka dapat mengenali 3 jenis sayur-sayuran itu.

Manakala seorang lagi berjenaka, “Nasiblah mereka tidak diberi durian.”