Tema ‘I believe’ Rubina Mughal inisiatif memperkasa wanita melalui fesyen

leisure-1fmt-ohsem-inside-article1Fesyen dan wanita tidak boleh dipisahkan, kerana setiap pakaian yang dipilih memberi keyakinan luar biasa kepada mereka.

Bukankah begitu?

Anda pilih sesuatu yang benar-benar serasi dan menjadi inspirasi kepada orang lain yang melihatnya, dan itu namanya, mempercayai diri anda, menjadi diri sendiri!

Selari dengan konsep “percaya” dan “menjadi diri sendiri”, jenama pakaian Muslimah yang masih baharu dalam pasaran, Rubina Mogul menampilkan beberapa rekaan baru sempena perayaan Hari Raya tahun ini.

Pemiliknya, Rubina Mohd Amin berkata beliau peka dengan penekanan yang perlu diberikan terhadap aspek saling menghormati dan menyangkal sebarang perkara negatif terhadap diri sendiri.

“Kekuatan kendiri atau ‘self affirmation’ pada masa ini menjadi satu strategi pemasaran yang terbaru untuk wanita,” kata Rubina dalam majlis pelancaran koleksi Rubina Mughal.

Katanya, ia berpunca daripada wanita yang sedang mengharungi krisis identiti dan untuk mencapai kepuasan, mereka mengambil jalan mudah dengan mencontohi atau meniru gaya wanita lain.

Rubina menerusi koleksi Rubina Mughal tampil dengan slogan “I Believe” atau “Saya Percaya” dengan harapan untuk menyebarkan mesej berunsur positif sekali gus mencetus semangat kepada wanita.

Kempen “Saya Percaya” itu juga bagi menggalakkan pengguna berkongsi mesej dalam media sosial untuk menanam sikap mempercayai nilai diri sendiri.

“Kita harus berbuat baik untuk diri sendiri tanpa mengecam dan memandang keburukan sendiri. Saya ingin melihat Rubina Mughal menjadi simbol untuk wanita menerima dan mencintai diri mereka dengan seadanya,” kata Rubina.

Bercakap lanjut mengenai koleksi pakaian Rubina Mughal, beliau akui pihaknya menyediakan koleksi terhad pakaian abaya sempena Hari Raya.

“Semua 9 rekaan abaya Rubina Mughal direka oleh saya, berlandaskan inspirasi daripada fesyen dan pakaian wanita Arab tetapi mengikut cita rasa tempatan,” katanya yang juga pemilik Imaan Universal Resources Sdn Bhd itu.

“Ia menggunakan material ‘tensel’ yang diperbuat daripada fabrik mikroserat yang ‘breathable’, ia juga betsifat berat supaya dapat memberi penampilan yang kemas.

“Kami tidak mengehadkan konsep warna sebaliknya semua rekaan mempunyai pelbagai jenis warna sama ada pastel, gelap atau terang bagi memberi pilihan kepada wanita untuk memilih apa yang mereka suka,” jelasnya lagi.

Dijual pada harga yang sangat berpatutan bagi memberi peluang kepada semua wanita untuk memilikinya, koleksi ini dijual pada hargaRM249 hingga RM449.

“Ini termasuk hadiah istimewa, tudung yang dikeluarkan dalam 4 warna dan corak yang berbeza bagi 1,000 pembeli koleksi Rubina Mughal yang terawal ,” tambahnya.

Semua koleksi Rubina Mughal dijual secara tempahan awal untuk memastikan kelancaran dan menjaga hak pemilikan pembeli.

Selain itu Rubina turut mengumumkan komitmen syarikatnya dalam membantu wanita melalui rangkaian “Kuasa Wanita”, satu lagi inisiatif Rubina Mughal, menyediakan latihan dan sokongan kepada usahawan wanita mendapatkan kepakaran perniagaan.

Melalui inisiatif ini wanita juga akan ditunjuk ajar dengan pengetahuan kewangan dan perkhidmatan pelanggan dalam memajukan sesebuah perniagaan.

Jenama ini juga menawarkan peluang latihan sambil bekerja serta biasiswa bagi mereka yang serius dalam memajukan perniagaan.