Manila, bandar raya paling ramai gelandangan di dunia

manila-gelandangan-negarafmt-ohsem-inside-article1Kemajuan sesebuah negara tidak menjadi pengukur untuk menilai kehidupan rakyatnya.

Hampir semua negara di dunia berdepan krisis sosio-ekonomi di mana terdapat peratusan besar rakyatnya yang terpaksa berjuang untuk mendapatkan hak asasi kehidupan seperti air dan udara yang bersih, tempat tinggal, serta makan minum. Pertubuhan Bangsa Bersatu Hak Asasi dalam satu laporan mendedahkan terdapat kira-kira 100 juta gelandangan di seluruh dunia.

Gelandangan adalah seorang yang hidup dalam keadaan yang tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak memiliki pekerjaan tetap dan mengembara ditempat umum sehingga hidup tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat

Di bawah disenaraikan 10 bandar raya di dunia dengan jumlah gelandangan yang paling tinggi.

10. Sao Paulo, Brazil
Bancian pada 2011, menunjukkan terdapat 15,000 gelandangan di bandar raya itu, 50% daripada mereka ditempatkan di kem kecemasan dan selebihnya boleh dilihat di jalan bandar raya itu. Sao Paulo adalah bandar raya yang paling tinggi populasi di Brazil mahupun di seluruh Amerika.

9. Budapest, Hungary
Gelandangan tidak sama sekali dibenarkan di negara ini, namun Budapest menjadi lokasi bagi lebih 20,000 orang tanpa kediaman. Mereka yang dilihat berkeliaran di jalan-jalan utama boleh ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Bagaimanapun langkah itu dikritik pihak hak asasi memandangkan negara itu kini berdepan masalah pengangguran dan hutang yang serius.

8. Buenos Aires, Argentina
Buenos Aires, sebuah bandar raya di Argentina dengan 15,000 gelandangan, 30% adalah kanak-kanak dan 13% adalah warga emas. Terdapat rumah perlindungan yang menawarkan golongan ini tempat berteduh, makan dan minum tetapi hanya terhad untuk 1,700 orang. Angka ini dikatakan lebih besar daripada rekod dan sedang meningkat.

7. Mumbai, India
Mumbai sebuah bandar raya dengan populasinya mencapai 12.5 juta orang, lebih separuh rakyatnya hidup di kawasan setinggan. Mengikut rekod, di Mumbai sahaja terdapat 25,000 orang gelandangan di jalanan. Pengaruh dadah dan alkohol antara masalah utama dalam kalangan gelandangan.

6. Jakarta, Indonesia
Indonesia, negara yang mempunyai paling ramai pengguna Twitter, dan telefon pintar, juga mempunyai gelandangan yang paling ramai di ibu kotanya, Jakarta. Lebih 28,000 orang tidak mempunyai tempat berteduh, hidup sebagai gelandangan.
Angka ini dikatakan terus meningkat khususnya selepas bencana banjir pada 2013 yang membinasakan kediaman lebih 100,000 orang.

5. Mexico City, Mexico
Mexico City, ibu negara Mexico merekodkan 30,000 gelandangan dengan 50% adalah kanak-kanak. Kemiskinan menjadi penyebab utama di bandar raya ini dan kanak-kanak dilapor melarikan diri menjadi gelandangan.
Pertubuhan Bangsa Bersatu Dana Kanak-kanak (UNICEF) melapor, sekitar 25% gelandangan di Mexico terdiri daripada 18 tahun ke bawah.

4. Moscow, Russia
Negara yang digeruni seperti Russia pun mempunyai ramai gelandangan. Moscow merekod lebih 10,000 gelandangan dan seluruh negara Russia mempunyai 1.5 hingga 3 juta gelandangan. Keadaan ini wujud sejak Perang Dunia Ke-2.

3. Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Kebanyakan gelandangan di Los Angeles adalah lelaki yang keseorangan dan warga Afrika Amerika, walaupun populasi mereka hanya 9% di bandar raya tersebut.
Sekitar 31% gelandangan adalah penagih dan 18% adalah orang kurang upaya dan 25% bermasalah mental.

2. New York City, Amerika Syarikat
Bandar raya yang maju seperti New York mempunyai 60,352 gelandangan. Ia termasuk 25,640 kanak-kanak 22,386 dewasa dan lebih 12,326 adalah individu yang keseorangan.

1. Manila, Filipina
Bandar raya dengan bilangan gelandangan yang paling ramai direkodkan di Manila, Filipina. Pertubuhan Bangsa Bersatu Hak Asasi melapor terdapat 70,000 gelandangan di jalan setiap hari. Pengiraan di seluruh negara Filipina menunjukkan terdapat 1,200,000 kanak-kanak di atas jalanan. Kebanyakan terkesan akibat dadah, masalah kesihatan, pelacuran kanak-kanak, dan sebagainya.