Hanya yang fasih berbahasa Mandarin boleh sertai The Voice Malaysia/Singapura

the-voice-1fmt-ohsem-inside-article1Uji bakat rancangan realiti hiburan nyanyian, The Voice versi Malaysia/Singapura sudah dibuka tetapi anda kena fasih berbahasa Mandarin dan mampu menyanyi dalam bahasa Mandarin untuk melayakkan diri sertai rancangan itu, petik laman web The Voice Malaysia/Singapura, http://www.thevoicesgmy.com.

Ekoran syarat yang dikenakan itu, orang ramai menyuarakan rasa kurang puas hati dan mempersoal kriteria tersebut di laman sosial.

Menurut syarikat produksinya, mm2 Entertainment yang bekerjasama dengan StarHub (Singapura) dan Astro (Malaysia), The Voice dibuka kepada seluruh warga dunia tetapi kena akur dengan syarat asas yang dinyatakan di atas.

Peminat rancangan itu terus mengecam dengan menyatakan syarat itu sebagai satu diskriminasi terhadap mereka yang tidak fasih berbahasa Mandarin selain ia langkah menyaingi rancangan realiti yang hampir sama dilakukan di China, “Sing! China”.

Tambah mm2 Entertainment dalam satu kenyataan media semalam, “Setiap pasaran mempunyai hak menentukan bahasa yang akan digunakan”, dan dalam hal ini bahasa Mandarin akan digunakan.

Malah dalam laman webnya tertulis, “The Voice hanya mencari bakat sebenar dengan suara yang baik tanpa mengambil kira rupa paras. Setiap individu yang berusia 16 tahun ke atas, dengan suara yang merdu, fasih berbahasa Mandarin dan mampu menyanyi lagu Mandarin boleh menyertainya.”

The Voice adalah rancangan realiti yang bermula di Holand kemudian diperkenalkan secara besar-besara di Amerika Syarikat, UK dan beberapa negara Eropah dan Asia.

Memetik laporan Malay Mail Online pula, jurucakap syarikat produksi berkenaan berkata, bahasa Mandarin dipilih untuk menembusi pasaran komersial yang lebih luas.

Peserta dibenarkan menyanyi dalam bahasa lain kecuali dialek Kantonis dan Hokkien kerana terpaksa mengikut dialek bahasa yang digunakan dalam medium hiburan di Singapura.”

Pemuzik terkenal dari Singapura, Bani Haykal dalam laman sosial Twitternya berkata tujuan sebenar rancangan tersebut ialah untuk mencungkil bakat yang berpotensi.

Buktinya ialah beberapa artis Singapura yang berjaya dalam bidang nyanyian selepas mereka mengubah hala tuju dengan mengeluarkan album lagu berbahasa Mandarin selepas percubaan dalam bahasa Inggeris gagal.

Pengguna media sosial, Jules Jumari bertanya, apa gunanya menggunakan tajuk Inggeris jika kandungan rancangan adalah dalam berbahasa Mandarin.

“Saya terima jika ia sebuah rancangan berbahasa Mandarin tetapi bukan dengan tajuk yang menyimpang,” katanya.

twitter-1

Manakala, seorang lagi pengguna Twitter yang menggunakan ID Agagooga berkata, “The Voice Malaysia/Singapura bukan menuntut penggunaan bahasa Mandarin sebagai bahasa natif kedua-dua negara sebaliknya ia berkenaan hak pengunaan bahasa.”

Tambahnya lagi, “Marah dengan The Voice Malaysia/Singapura kerana ia terbuka kepada mereka yang fasih Mandarin sama seperti marah kepada mereka yang makan donut hanya kerana anda sedang berdiet.”

Bagi pengguna Facebook, Ungku Ibrahim pula, rancangan popular seperti The Voice yang hanya menggunakan Mandarin adalah mengecewakan.

twitter2