Siapa lebih ‘hot’, Justin Trudeau atau Emmanuel Macron?

justin-trudeau-emmanuelle-mfmt-ohsem-inside-article1Bukan pasal polisi kerajaan atau isu yang dibangkitkan presiden termuda itu, bahkan media sosial sedang giat berdebat mengenai siapa lebih “hot”, Presiden Perancis, Marcon atau Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau.

Laman Twitter dipenuhi komen daripada peminat kedua-dua pemimpin dunia yang turut berharap mereka bersemuka.

Salah seorang peminat menulis, “Liberal sememangnya mempunyai ahli politik yang ‘hot’,” sementara seorang lagi berjenaka, “Justin Trudeau mencabar Emmanuel Macron untuk bersaing dalam pertandingan Pemimpin G7 Paling Seksi”.

Pemimpin lain G7 adalah Shinzō Abe dari Jepun, Paolo Gentiloni dari Itali, Donald Trump, Theresa May dan Angela Merkel.

Malah Twitter ucapan tahniah Trudeau kepada Macron juga dibalas lebih 4700 kali walaupun menerima pelbagai reaksi.

Ada yang mengaitkan pilihan 2 negara itu dengan pilihan Amerika Syarikat, Donald Trump.

“Perancis ada Macron, Kanada ada Trudeau, tetapi kami pula ada Trump,” tulisnya.

Marcon menjadi sensasi laman sosial bukan sahaja selepas memenangi pilihan presiden malah sebelum itu lagi.

Beliau menjadi buah mulut ekoran kisah peribadinya, mengahwini guru sekolahnya sendiri, Brigitte Marie-Claude yang kini berusia 64 tahun, 25 tahun lebih tua dari Macron.

Macron jatuh hati dengan Brigitte ketika berusia 15 tahun lagi dan berkahwin pada 2007 selepas wanita itu menceraikan suami pertamanya seorang pegawai bank pada 2006.

Macron dalam satu temuduga berkata dia meminati wanita yang lebih tua kerana mereka lebih matang.