Cara lelaki ini jual kereta terpakainya memang ‘win’

vitara

fmt-ohsem-inside-article1Bagaimana anda menjual kereta terpakai?

Promosikannya dalam laman web permotoran, jualan terbuka, laman sosial, menampal poster iklan di kedai serbaneka, secara lisan? Tidak ketinggalan beberapa gambar foto kenderaan dari sudut yang berbeza dan info mengenai kenderaan selain sedikit “kata-kata pemasaran”.

Tapi lelaki ini ada caranya tersendiri. Ya, dia menggunakan kepakarannya sebagai artis kesan visual mengeluarkan video mempromosikan kenderaan SUV miliknya, sebuah Suzuki Vitara model 1996.

Percubaan kreatif Eugene Romanovsky sememangnya di luar jangkaan di mana video berdurasi 2 minit itu menggunakan pelbagai latar untuk mengetengahkan apa yang mampu (dan tidak mampu) dilakukan kenderaannya secara menarik.

Tak percaya atau tak boleh bayangkan apa yang dimaksudkan? Tonton video ini.

Eugene dipercayai menggunakan teknik “potong dan tampal” bagi menampakkan kenderaannya menyusuri hutan tebal, kedalaman lautan yang kaya dengan kehidupan, meneroka angkasa lepas di bulan dan bintang, berjalan bersama dinasor dan haiwan eksotik yang lain, ternyata semua ini menarik perhatian orang ramai.
Video itu juga viral dan ditonton lebih 2 juta kali sejak dimuat naik di laman YouTube.

Bersama-sama dengannya, Eugene menyelitkan beberapa penerangan yang kebanyakannya kelakar. Okay, sekarang mari kita tonton sendiri kreativiti Eugene, kalau suka kongsi artikel ini!