Rakyat Malaysia khususnya Kelantan paling ramai mencari Maria Ozawa di Google

Maria-Ozawafmt-ohsem-inside-article1Anda kenal Maria Ozawa, bintang porno sensasi dari Jepun yang khabarnya berada di Kuala Lumpur bersama teman lelaki baharu berbangsa Filipina sejak beberapa hari yang lalu.

Kehadirannya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan segelintir rakyat Malaysia sehinggakan yang tak kenal Maria Ozawa kini sudah mengenali biodata penuhnya.

Lebih mengejutkan, analisis Google mendapati Malaysia sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam antara yang paling teruja mencari maklumat mengenai bintang porno ini.

Pencariaan Google bukan sahaja mendapati populariti Maria Ozawa meningkat 75% tetapi mendapati Indonesia, Malaysia dan Brunei menduduki tangga teratas berbanding Filipina dan Vietnam yang menduduki tangga bawah.

Setakat laporan ini ditulis pecahan data Google Trends menunjukkan antara 20 bandar raya yang paling banyak membuat pencarian mengenai Maria Ozawa ialah Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Kuantan dan Kuala Lumpur.

Menariknya lagi, tiada mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang menentang atau menghalang kedatangan Maria Ozawa yang kini menjadimenjadi buah mulut laman sosial walaupun bukan secara terbuka.

Maria Ozawa ialah bintang porno kacukan Jepun dan Kanada yang sudah bersara dari kerjaya itu.

Sebelum ini pada 2009, wanita ini pernah dihalang daripada memasuki Indonesia namun pada 2010 dia diterima pula berlakon dalam filem Indonesia bertajuk “Menculik Miyabi”.

Maria Ozawa sudah pulang ke negara asalnya semalam.