Awasi taktik kotor scammer WhatsApp

whatsapp-scammer

fmt-ohsem-inside-article1Akhir-akhir ini pelbagai jenis pesanan WhatsApp dikongsi dalam kalangan penggunanya. Takut dan ragu-ragu pula untuk memuat turun mahupun membuka pesanan tersebut. Takut kena spam!

Beberapa pesanan dikategorikan sebagai “phishing” digunakan untuk mencuri informasi pengguna.

Modus operandi seperti itu sememangnya sudah menjadi kebiasaan dan kita juga menyedarinya. Setiap masa dan musim ada sahaja pesanan sedemikian yang masuk, tak kira yang baharu atau yang dikitar semula.

Jika anda terdengar notifikasi pesanan WhatsApp dan ia berbunyi pelik? Kejap, jangan buka pautannya dulu!

FMT Ohsem memetik portal gajet, Jalan Tikus mengenai beberapa jenis penipuan pesanan WhatsApp yang sedang hangat digunakan sekarang sama ada untuk menyebar virus atau menceroboh masuk dalam sistem pintar anda.

1. Pesanan peti suara palsu

Berhati-hati kerana ia cara “hacker” mencuri maklumat berharga dari smartphone anda. Modus operandi ini menggunakan emel yang berisi pesanan suara kepada WhatsApp anda.
Kita biasanya akan menekan imej butang “play” tetapi imej itu sebenarnya “malware” yang digunakan untuk mencuri maklumat pemilik telefon pintar.

2. WhatsApp gold edition

Pernahkah anda dengar mengenai Whatsapp edisi emas? Ya, benar edisi emas memang wujud tetapi untuk mendapatkannya, bukanlah semudah berkongsi dan memuat turun menerusi pesanan WhatsApp.
WhatsApp ini menawarkan beberapa elemen tambahan seperti emoji baru dan latar percakapan khusus tetapi untuk mendapatkannya, anda harus menyewa perkhidmatan tersebut pada harga sekitar AS$40 setiap bulan.

3. WhatsApp gift card

Percayalah, tiada benda di dunia ini yang percuma. Apalah agaknya niat WhatsApp nak beri “gift card”, menggunakan perkhidmatan itu secara percuma pun dah cukup baik. Fikir berkali-kali sebelum membuka fail itu kerana anda umpama pelawa masalah itu sendiri jika tetap berdegil memuat turun atau membuka “hadiah” tersebut.

4. Gift card

Selain WhatsApp gift card, bermacam-macam “gift card” dari pelbagai pihak turut dikongsi dalam WhatsApp. Trend ini menjadi-jadi kerana naluri manusia yang sentiasa tamak bila mendengar perkataan “hadiah percuma”. Biasanya “gift card scammer” ini menggunakan nama syarikat besar dan terkenal seperti McDonalds, KFC, 7-Eleven, Shell dan sebagainya.

5. Tawar pelan pelaburan

Modus operandi ini masih baru dan digunakan untuk menipu golongan tertentu. Ia merupakan cara untuk mendapatkan keuntungan melalui cara yang tidak sepatutnya. Pengguna akan menerima tawaran pelaburan menggunakan syarikat tertentu, tetapi sebenarnya palsu.