Ingat lagi nama guru kelas anda?

selamat-hari-gurufmt-ohsem-inside-article1Selamat Hari Guru kepada semua pendidik, guru, tenaga pengajar dan mereka yang bertungkus-lumus dalam apa jua cara untuk menyebarkan ilmu kepada semua yang pernah bergelar pelajar di dunia ini.

Bersempena hari istimewa hari ini iaitu Hari Guru, FMT Ohsem mencabar pembaca mengenang kembali nama guru kelas masing-masing. Apa macam, boleh?

Sebelum itu, jangan lupa isi nama, sekolah dan tahun diikuti nama guru bagi setiap tingkatan dan darjah dalam ruangan yang disediakan.

Mari kita lihat sejauh mana pembaca boleh mengingati nama guru kelas yang mengajar pelbagai perkara melebihi akademik semata-mata. Sebelum itu, saya juga nak imbas kembali nama guru kelas saya…

Jom “copy and paste” di laman sosial masing-masing dan giliran anda pula untuk mencabar rakan-rakan lain. Jangan lupa kongsi artikel ini juga!

Contoh

Nama: Nizha Periaswamy
Sekolah Menengah: SMK Seksyen 24, Shah Alam, Selangor (1994-1998)
Sekolah Rendah: SRK Seksyen 17, Shah Alam, Selangor ( 1988-1993)
Tadika: Tadika Priyah, Seksyen 17, Shah Alam (1987)

Tingkatan 5: Puan Maizan (kurang pasti kerana beberapa kali tukar guru kelas)
Tingkatan 4: Puan Siow
Tingkatan 3: Puan Noor Saerah
Tingkatan 2: Puan Halifah
Tingkatan 1: Puan Seti Fatimah

Tahun 6: Encik Baharin
Tahun 5: Puan Siti Intan Kartini
Tahun 4: Encik Ahmad
Tahun 3: Puan Marziah
Tahun 2: Puan Siti Habsah
Tahun 1: Encik Baharin

Tadika: Miss Silva

Ya, sekarang giliran anda pula!