Mengagumkan! Kenali ‘kembar’ pemimpin kita

fmt-ohsem-inside-article1Mustahil seseorang itu kelihatan mirip orang lain, tetapi perkara itu tetap berlaku.

Ada orang percaya, dalam dunia ini wujud 7 orang yang berwajah serupa, tetapi tidak pasti benar atau tidak.

Tak perlu pergi jauh, pemimpin negara kita juga sering kali menjadi bahan berita di media sosial apabila orang awam terserempak dengan “kembar” mereka.

Apa lagi, wajah kembar itu terus dirakam dan dimuatnaik untuk tontonan umum.

Kita boleh kaitkan pemimpin tempatan yang mempunyai wajah sama dengan pelakon luar negara, pelayan restoran hinggalah pemimpin lura negara.

FMT Ohsem menyenarai beberapa pemimpin dan usahawan terkenal negara yang mempunyai “kembar” di luar sana! Kami cuba pilih yang paling “ngam”!

Ini yang paling “win”

mahathir-pinayari

Tun Dr. Mahathir Muhammad rupanya ada kembar di Kerala, India! Aha… keserasian wajah mereka menjadi buah mulut ketika media mempamerkan wajah Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan yang dipilih selepas memenangi pilihan raya pada tahun lepas. Mungkinkah kerana bapa Dr Mahathir juga dikatakan berasal dari Kerala? Entahlah, tetapi gambar itu seolah mereka berdua sememangnya kembar sebenar. Kedua-dua pun ahli politik, pernah kena sisih dari parti, berasal dari keluarga susah dan berjaya menduduki jawatan terpenting.

Ini paling lucu

ahmad-maslan

Sewaktu isu berkenaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) memuncak, Datuk Ahmad Maslan menjadi hero laman sosial. Pada waktu yang sama netizen juga tidak ketinggalkan “troll” beliau dan salah satu “troll” yang masih segar di minda ialah wajah pelakon Cina, Bruce Leung yang dikatakan mirip Ahmad Maslan. Ramai juga berpendapat pelakon Kung Fu Hustle mempunyai wajah yang hampir sama dengan pemimpin kita ini.

Ini paling stailo

rosmah-poland

Memang tak boleh dinafikan, isteri kepada Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah seorang yang anggun dan cantik. Lihat sahaja gambar beliau sewaktu muda dahulu, mesti cair hati anda. Terbaru, seorang pengguna media sosial mendedahkan wajah seorang wanita muda dari Poland yang mempunyai potongan wajah dan riak muka ala-ala Rosmah. Walaupun tak sama 100% tetapi sekali pandang bolehlah teringat kepada beliau.

Ini paling “ngam”

igp-raton

Gambar foto seorang lelaki Bangladesh, Md Raton yang bekerja di restoran tular selepas dia dikesan kelihatan sama seperti Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Sumpah sebiji tau! Ini menyebabkan restoran itu dikunjungi orang ramai yang mahu berswafoto dengan Raton sekali gus menjadi sensasi di media sosial. Entahlah kalau Raton masih bekerja, dah tamat kontrak kerja, dah kena hantar pulang atau dinaikkan pangkat sebab muka serupa IGP. Raton, awak di mana sekarang?

Ini paling tak disangka

sammo-bnm-india

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim pun ada kembar. Seperti Ahmad Maslan, “kembar” Muhammad Ibrahim juga seorang pelakon China yang sangat terkenal menerusi filem Shoalin dan Drunken Master, Sammo Hung. Menariknya, sekeping gambar Sammo dalam potongan gaya rambut yang sama seperti Muhammad Ibrahim menampakkan potongan wajah mereka yang juga sama.

Selain Sammo, Muhammad Ibrahim juga didapati mempunyai imej yang sama seperti mendiang Presiden India, APJ Abdul Kalam. Mungkin juga gaya rambut itu jugalah yang dimaksudkan!

Ini paling comel

ali-hashim-kfc

Pertama kali bertemu beliau beberapa tahun dahulu, terus teringat kepada logo Kentucky Fried Chicken (KFC). Manakan tidak, wajah Tan Sri Muhammad Ali Hashim mirip imej Colonel Harland David Sanders (pengasas KFC). Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation, kebetulan KFC juga bernaung di bawah nama gergasi itu adalah antara Melayu yang tersohor dalam bidang perniagaan dan banyak menulis buku motivasi yang memberi inspirasi.