Buruan ratu cantik Jumbo Queen 2017 bermula

jumbo-queenfmt-ohsem-inside-article1Siapa kata mereka yang berbadan gempal tidak cantik? Ikutkan, cantik itu bukan pasal bentuk badan semata-mata.

Sebenarnya kecantikan adalah bagaimana kita membawa diri di depan orang dan menjadikan personaliti kita menyerlah.

Sehubungan itu, syarikat Magnum sekali lagi tampil menganjurkan pertandingan Jumbo Queen yang dijangka bakal menjadi platform bagi ratu cantik bersaiz “plus” mempamer kecantikan mereka dalam masa sama mencungkil bakat dan kebolehan mereka.

Jadi, tunggu apa lagi? Yang ada keyakinan bolehlah tunjuk bakat anda di sini!

Oh ya, sebelum itu, baca dahulu kriteria yang melayakkan anda menyertai pencarian Ratu Cantik Jumbo Queen 2017.

Menurut penganjur, selagi anda seorang wanita yang mempunyai berat badan lebih 80kg dan berusia 18 tahun ke atas, maka anda layak.

Pemenang pertandingan ini akan membawa pulang hadiah menarik serta wang tunai pada acara kemuncak, Grand Finals yang akan diadakan pada 8 Oktober ini.

Pencarian Jumbo Queen 2017 ini bermula pada Ogos hingga September 2017 di 3 negeri iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur.

Bagi setiap negeri, 4 wakil akan dipilih ke acara akhir, maka sejumlah 12 finalis dijangka bersaing sesama sendiri untuk menggondol anugerah ratu cantik Jumbo Queen 2017.

Antara ciri yang bakal dihakimi dalam pertandingan ini ialah personaliti peserta atas pentas, keyakinan, respon daripada penonton, pakaian dan persembahan.

Pemenang tempat pertama, ke-2 dan ke-3 The Jumbo Queen 2017 akan membawa pulang RM 5,000, RM 3,000, dan RM 2,000 tunai selain trofi dan hadiah lain.

Finalis juga berpeluang memenangi anugerah khas seperti, “Most Talented Award, Most Photogenic Award dan Best Personality Award”, di mana setiap pemenang anugerah itu akan menerima RM500 tunai setiap seorang selain trofi dan hadiah menarik.

Selain Magnum, Jumbo Queen 2017 turut ditaja khas oleh Music Melody Store dengan sokongan Code Entertainment, solekan dan dandanan oleh Revecen dan pakaian oleh Costumes Rental N’ Image.

Mereka yang berminat boleh daftar sekarang dengan menghubungi Rainie di talian 012-711 8701 atau 03-9107 7223.

Anda juga boleh melayari laman Mega Ultimate di www.megaultimate.com.my; Facebook Mega Ultimate atau Facebook Malaysia Jumbo Queen di  untuk sebarang maklumat lanjut dan kemas kini maklumat.