Kurang ajarnya netizen terhadap pasangan kahwin campur

kawin-campurfmt-ohsem-inside-article1Rakaman video sebuah keluarga menyuap makanan untuk anak mereka yang dimuat naik dalam laman Youtube menerima pelbagai kecaman netizen.

Mengapa?

Kerana si suami berkulit hitam manakala si isterinya berkulit putih.

Jadi apa masalahnya?

Inilah yang berlaku apabila pemikiran terlalu sempit sehingga perkara yang tidak sepatutnya menjadi isu perkauman terus memuncak, apatah lagi dengan komen-komen yang sangat menyakitkan hati.

netizen1Moa seorang blogger dan vlogger dalam Youtube yang banyak berkongsi rakamannya sebagai ibu muda bersama anak kecilnya.

Baru-baru ini, Moa memuat naik video bagaimana dia dan suaminya mencuba makanan bayi sebelum menyuapnya kepada bayi mereka, Mila.

Mereka juga saling berbincang mengenai rasa dan tekstur makanan tersebut dalam bahasa Sweden.

Dalam tidak disangka video yang dimuat naik dikecam dengan komen-komen berunsur cemuhan, menggelar Mark sebagai “buruk”.

Walaupun komen-komen video tersebut dipadamkan, Imgur, seorang pengguna merakam layar semua komen itu terlebih dahulu.

netizen2Ia menunjukkan perangai buruk dan negatif manusia yang bukan sahaja bersikap rasis tetapi langsung tidak menghormati sesama manusia.

Pasangan ini juga sudah menyahaktifkan akaun Instagram yang sebelum itu memaparkan detik kedua-dua mereka berkongsi masa khususnya bersama anak mereka, Mila.

Sedih bukan?