Netizen London memperjuangkan perbezaan ‘Islam’ dan ‘keganasan’

tweet-2fmt-ohsem-inside-article1“Jangan kaitkan Islam dengan keganasan, kerana ajaran Islam menuju ke arah keamanan dan tiada kaitan dengan keganasan.”

Demikian penerangan yang diberi pengikut Islam apabila orang ramai yang menyimpul sebaliknya.

Apatah lagi bagi rakyat negara Eropah yang akhir-akhir ini dicabar dengan serangan demi serangan sehingga meragut ratusan nyawa.

Insiden berdekatan Jambatan London, di kawasan yang penuh dengan bar dan restoran dikunjungi peminat bola sepak dan serangan selepas konsert penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande di Manchester seolah-olah mengukuhkan lagi tanggapan itu.

Namun, ramai rakyat London dan Eropah khususnya yang bukan beragama Islam tampil mempertahankan agama dan keganasan sebagai 2 perkara yang berbeza dan tidak sepatutnya dikaitkan.

marcus-2

“Pada pukul 10.15 malam, orang Islam baru sahaja selesai berbuka puasa dan bersiap sedia untuk sembahyang pada waktu malam,” tulis seorang netizen, Marcus Storm dari kota London.

zakat-1

Manakala pusat Zakat di London pula mengeluarkan kenyataan akan membuka premisnya kepada orang ramai yang mahu tempat berlindung.

zosha

Netizen Zosha Meadows menulis, “Ingat, serangan tersebut bukan dilakukan oleh pengikut agama atau bangsa tertentu tetapi hanya pembenci. Jangan sebarkan kebencian atau ketakutan, keganasan boleh digagalkan #londonbridge.”

Ternyata tweet pilihan ini menyentuh hati selain membuka mata orang awam yang masih berada dalam tanggapan yang mengaitkan agama dengan serangan keganasan.

Jom baca antara tweet terpilih itu!

 

tweet-4

tweet-3