Iklan Raya paling ‘win’ 2017

iklan-rayafmt-ohsem-inside-article1Kalau dah dekat raya, syarikat korporat dan komersial pasti berlumba-lumba menayangkan iklan Raya terbaik masing-masing.

Kalau 20 tahun lalu, iklan raya ini sangat terhad dan hanya dapat ditonton di kaca televisyen, kini semuanya berubah.

Syarikat atau badan korporat sekecil manapun, boleh membikin iklan Raya menggunakan bajet kecil dan disiarkan dalam laman sosial sahaja. Kan dah senang dan “save cost”!

Apapun, daya kreativiti dan niat itu yang penting. Iklan raya yang dipaparkan ternyata membawa anjakan paradigma yang baharu dalam kalangan penonton tanpa terikat dengan ketupat, pelita, rumah kampung, baju Raya dan orang Melayu sahaja sebagai “props” iklan.

Kini, iklan Raya bukan setakat mempromosi jenama produk semata-mata tetapi lebih dari itu, misalnya dibuat dalam bentuk filem pendek yang menyampaikan mesej penuh bermakna.

FMT Ohsem menyenarai 5 iklan Raya 2017 yang paling banyak menerima perhatian netizen khususnya sejak disiarkan di laman sosial.

Iklan Raya BSN

Syarikat perbankan dan pelaburan besar seperti Bank Simpanan Nasional (BSN) tidak mahu ketinggalan membikin iklan raya gempak.

Menerima pelbagai respon positif, iklan BSN memaparkan gandingan 2 sahabat bukan berbangsa Melayu, seolah-olah menambah nilai kepada iklan ini. Ya, tengok je iklan ini kita pasti terbayang tradisi lama apabila mereka yang menyambut Raya meninggalkan taman perumahan, maka ‘aci-aci’, ‘uncle-uncle’ dan ‘aso-aso’ lah tukang jaga rumah, siap diberikan sekali kunci rumah.

Menggunakan konsep kepercayaan dan semangat kejiranan yang sama, BSN tampil dengan iklan yang agak panjang tetapi kelakar pada sisi lain. Apapun, tahniah kerana terus menawan kami dengan iklan anda itu!

https://www.youtube.com/watch?v=bF3PJLDK6kQ

kredit: MFS Production Studio

Iklan Raya Guardian

“Saksikan adaptasi Bawang Merah Bawang Putih dalam gabungan seni persembahan Melayu klasik yang belum pernah anda lihat. Dengan sentuhan pemuzik tradisional ternama dunia, Kamrul Hussin dan Geng Wak Long serta pelakon teater hebat negara,” demikian petik muat naik status iklan Raya oleh Guardian Malaysia.

Menterjemah hikayat Bawang Merah Bawang Putih, iklan ini turut menyelitkan unsur humor dan promosi jualan Raya oleh Guardian, pandai kan? Lagipun iklan rangkaian farmasi ini dikeluarkan sehari selepas sebuah lagi syarikat rangkaian farmasi terkenal negara dicemuh kerana bersifat rasis. On time!

https://www.facebook.com/GuardianMalaysia/?hc_ref=SEARCH&fref=nf

Kredit: FB Guardian Malaysia

Iklan Raya KFC

Ikatan perhubungan bapa dan anak lelaki disampaikan dalam iklan filem pendek yang sayu ini. Iklan ini mengetengahkan unsur tradisi yang perlu disemat dalam hati setiap orang supaya hidup diteruskan dengan baik.
Tak perlulah bercerita panjang, saksikan sendiri dan hargai orang sekeliling kita, kerana tiada gunanya bersedih selepas mereka tiada lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=zjVNPoyjbv0

Kredit: MFC Production Studio

Iklan myNIC Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Semua orang bercakap mengenai kuih bahulu emak, ya, iklan kuih bahulu emak tu lah…
Subjek yang agak kliche, seorang anak dan usahawan berjaya tetapi terpaksa meminggirkan ibu sendiri menjelang Raya kerana terikut-ikut dengan isteri. Walaupun berakhir dengan baik, jalan cerita yang penuh elemen drama ternyata menyentuh hati. Kerana subjek kasih sayang ibu memang tak pernah gagal.

https://www.youtube.com/watch?v=fiFK-xNo8Rw&feature=youtu.be

Kredit: MYNIC

Iklan Raya Lazz

Baru first time dengan nama produk ini, tetapi iklan Raya syarikat ini dah popular sebab mesejnya. Satu iklan ini sudah cukup untuk “menyedarkan” tetamu yang datang beraya mengenai soalan atau kenyataan yang tak sepatutnya ditanya atau dipersoal.
Kelakar memang kelakar tetapi mendalam juga mesej yang disampaikan. “Dah 27 tahun tak kahwin lagi ke?”, “Mana anak?”, “Dah 10 tahun kahwin baru seorang anak?” antara soalan paling tak ingin didengari menjelang perjumpaan di musim perayaan. Lazz ada jawapan kepada makcik-makcik ini.

Kredit: Lazz Susu Kambing