Asyallie dikecam kerana asyik ciplak rekaan orang

Asyallie-Jovian-Mandaigefmt-ohsem-inside-article1Nama Jovian Mandagie bukanlah asing dalam kalangan pereka fesyen, penggemar jenama mahupun dunia fesyen secara menyeluruh.

Bagaimanapun Jovian Mandaige dalam Instragramnya menyampaikan rasa tidak puas hati apabila rekaannya dikatakan ditiru bulat-bulat oleh Asyallie menerusi jenama #LisaSurihaniForJovian 2014 yang pernah popular 3 tahun dahulu.

Perkara itu didedahkan Jovian dengan memuat naik gambar 2 pakaian yang sama, satu milik Jovian manakala satu lagi seperti yang diiklankan dalam Instafamous Asyallie.

Berang dengan perbuatan itu, Jovian menyampaikan mesej kepada “penciplak” itu sebagai seorang yang tidak beretika dan kejam selain melabel mereka yang membeli pakaian tiruan sebagai melakukan perbuatan yang memalukan.

Asyallie-Jovian-Mandaige1

Katanya, “Nasihat saya kepada para pereka dan pemilik perniagaan yang seangkatan di luar sana, anda mempunyai kebebasan untuk mencari inspirasi daripada beribu orang dan rekaan untuk dijadikan rujukan, tetapi berusahalah untuk menambahbaiknya. Jangan ambil kertas tekap dan copy bulat-bulat.

“Kepada pemilik jenama, saya tidak berniat membunuh perniagaan anda tetapi cuma berharap agar anda menjadi lebih bijak di masa depan.

“Kepada semua Jovianistas, terima kasih kerana melapor perkara ini kepada saya. Ini sahaja tindakan saya. Cukup lah, saya tak nak saman menyaman, naik mahkamah, rezeki saya banyak lagi di luar sana insyaAllah. Saya tahu anda tidak akan membeli sesuatu yang bukan Jovian sebenar. Love you Jovianista,” tulisnya.

Netizen turut menyampaikan rasa marah selepas ia bukan kali pertama Asyallie berbuat demikian.

Tiga hari yang lalu, Asyallie dikecam kerana meniru busana rekaan Leeyana Rahman dan sebelum itu pernah dikesan menciplak rekaan tudung peta dunia milik Fatheena.