Buang – siapa tak daftar undi boleh tengok filem ini

buang-short-filmfmt-ohsem-inside-article1Jemu meminta orang ramai yang layak mengundi agar mendaftar, satu video filem pendek dibikin untuk mewujudkan kesedaran tersebut.

Filem pendek, Buang dilancarkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) sebagai sebahagian kempen mendidik kepentingan mendaftar sebagai pengundi.

Dalam laporan Sinar Harian baru-baru ini, Presiden Abim Mohamad Raimi Ab Rahim akui filem ini dibuat memandangkan PRU 14 semakin hampir dan sebahagian besar belia sekitar usia 20-an masih tidak mendaftar sebagai pengundi dalam pilihan raya.

Seperti biasa, jalan cerita yang penuh dramatik memberi kesan mendalam apatah lagi menerusi penyampaian ringkas menggunakan pelakon kanak-kanak dalam suasana sekolah.

“Filem Buang ini disampaikan dalam konsep santai dan mesra anak muda sebagai langkah awal mendidik kelompok ini tentang kepentingan mendaftar sebagai pengundi,” katanya.

Ia juga selari dengan senario politik semasa yang tidak menentu akhir-akhir ini.

Kepada mereka yang berminat untuk menonton filem pendek Buang keluaran HAS Flim Making Academy bolehlah menontonnya di:

facebook.com/ABIM.Malaysia.