Jangan rosakkan mood raya dengan soalan ini

salam-raya

fmt-ohsem-inside-article1Tiba masanya untuk beraya, “cuti” dan “balik kampung” adalah perkara yang kita semua nanti-nantikan.

Namun bila dah balik kampung, cabaran paling besar adalah berdepan dengan sanak saudara.

Kenapa berdepan dengan sanak saudara dianggap satu cabaran, sedangkan itulah nikmat beraya.

Bukan apa, kadang-kala ada dalam kalangan sanak saudara kita yang bersikap penyibuk dalam hal peribadi.

Nak berdepan soalan-soalan merekalah yang menjadi cabaran dalam konteks ini.

Kepada mereka yang merancang untuk menziarah keluarga tanpa mencampuri urusan peribadi sesiapa, anda boleh skip artikel ini. Tetapi bagi mereka yang ada niat lebih daripada itu, teruskan membaca.

FMT Ohsem menyenarai segala soalan yang dikategori sebagai menjengkelkan dan yang tak perlu disoal secara berlebihan kerana boleh menyinggung perasaan.

Okay, mari kita senaraikan soalan-soalan itu:

Kepada pelajar

1. Bila exam?

2. Lepas ni nak buat apa?

3. Apa keputusan peperiksaan kamu? Dapat berapa A?

Kepada bujang/ anak dara

1. Bila kahwin? Kenapa tak kahwin lagi?

2. Dah ada boyfriend / girlfriend?

3. Memilih sangat ke?

Kepada pasangan baru kahwin

1. Dah hamil? Bila lagi?

2. Merancang keluarga ke?

3. Nak berapa anak?

Kepada pasangan yang ada seorang 2 anak

1. Kenapa tak tambah seorang lagi?

Kepada pasangan yang ramai anak

1. Ramainya anak, boleh maintain ke?

Kepada pasangan matang

1. Anak dah besar, tak pergi jalan-jalan ke? Bila nak pergi umrah?

2. Anak buat apa? Kerja kat mana? Dah ada teman?

3. Bila suami pencen?

Kepada orang tua

1. Dah pergi umrah?

2. Anak tak balik beraya sekali ke?

3. Menantu macam mana?

4. Anak ada bagi duit belanja tak?

Soalan-soalan lain

1. Ini rumah sendiri ke sewa? Bila nak beli rumah sendiri?

2. Bila nak beli kereta sendiri?

3. Kerja tempat sama ke? Ada naik pangkat tak?

4. Berapa gaji kamu, cukup ke?

5. Sedihkan bila tak dapat pulang berhari raya di kampung?

Ini antara soalan yang mungkin tidak disenangi sesetengah pihak kerana terlalu peribadi atau boleh menyebabkan perasaan mereka terguris.

Sebelum bertanya fikirlah beberapa kali supaya sambutan Hari Raya ini tidak meretakkan hubungan sesama sanak saudara.