Obses pada pelangi, Amina ubah kediaman jadi rumah fantasi

rainbow-unicorn-housefmt-ohsem-inside-article1Sesiapa pun sukakan pelangi, tetapi berapa ramai yang obses terhadap warna pelangi?

Bercakap mengenai pelangi, wanita dari California ini memberi maksud baharu dan segar apabila menterjemah obsesinya terhadap pelangi menggunakan warna yang pelbagai.

Amina Mucciolo sanggup mengubah kediamannya menjadi rumah fantasi sekali gus menarik perhatian ramai menerusi tayangan video di laman Youtube miliknya, Tasselfairy.

Amina memperkenalkan dirinya sebagai seorang yang sangat obses dengan warna pastel dan “rainbow colours”, bukan sahaja menghias rumah malah dirinya sendiri.

Pada mulanya, dia menayangkan video pada musim luruh lalu di mana dia mengubah rumahnya seluas 650 kaki persegi dengan elemen warna-warni menggunakan cat berwarna, “props” seperti bunga plastik berwarna, perabot dan sebagainya.

Dia akui disokong suaminya dan mereka mengambil masa 2 hari sebelum tampil dengan persembahan itu rumah fantasi mereka.

“Saya sangat seronok dengan pengalaman ini. Ia ekspressi imej saya untuk tinggal di dalam ruang yang boleh membuatkan saya gembira dan merasai magis,” katanya dalam Youtube.

Video Rainbow Unicorn House Amina membawa netizen melawat secara visual seluruh kediaman dan hiasan termasuk di dapur, bilik tidur dan bilik air.

Kemudian, Amina yang baru berusia 34 tahun turut memuat naik video bagaimana dia menukar rambutnya dengan membuat tocang pada rambut asalnya menggunakan benang warna-warni.

Sebelum itu, Amina berkata dia pernah bereksperimen dengan mewarna rambutnya menggunakan pelbagai warna.

Pelik kan? Tetapi percayalah, semua video yang dimuat naik sememangnya berwarna-warni dan kelihatan sangat kreatif.

Mana tahu, mungkin anda boleh dapat idea mengubah kediaman anda pada Hari Raya nanti…